Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

..........entry terakhir 2009........
---------------selamat tinggal 2009------------
moga tahun 2010 membawa seribu kerahmatan dalam diri aku
semoga tahun ini lebih elok dr tahun sebelumnya....
......amin.....

December 30, 2009

Tahun Baru Azam Baru....

Dah tak berapa lagi dah nak melangkah tahun baru...kalu imbas kembali pada tahun nie..ada suka dan duka jugak lah untuk diri aku sendiri...alhamdulilah...azam tahun nie nak jumpa soulmate tu dah ada...dan insyallah kami planing utk bertunang tahun 2010 dan insyallah kahwin tahun 2010 jugak kalu tak ada aral melintang..... Dari segi ekonomi jugak...rasanya tahun 2009 aku terlalu boros...sampaikan saving pun terkorek jugak...n than sekarang pening maner nak cekau duit nie...planing nak kahwin nie...mcm terlalu awal...tak sempat nak saving...jadi mulai sekarang aku kena betul saving giler...tak boleh shopping lagik...terutamanya 1. tak boleh beli kain@baju lagi...kalu dulu almost setiap bulan beli kain and than upah jahit baju..kekadang tu dalam dua pasang baju setiap bulan...sedar tak sedar dah penuh almari aku...itu pun dah separuh angkut wat balik kampung... Kena tahan sehingga nak kahwin...nanti nak kahwin baru leh wat baju baru... 2.tak boleh beli handbag jugak sebab tahun 2009 aku dah beli 3 handbang kalau kira balik +- hampir 500 jugak....kena pakai sampai rosak yer Rashifa.... 3.tak boleh beli kasut jugak sebab kat boot kereta tu dah boleh bukak bundle dah dengan ada sandle,flat sliper...heel sampai ker kasut...lagipun dah janji jugak ngan mydear dah tak leh beli kasut sebab dah pow dia ngan selipar nike kat al-ikhsan ari tue...kopak duit dia(tak per...kerna sayang kan) 4. azam nie pulak mesti kena struggler giler...jangan hangat2 taik ayam...kena mimun susu sbb skrg kalau semayang bunyi kerapuhan tulang aku...kalu nak membina generasi cemerlang dan berkualiti dan baik kena lah berusaha dr sekarang....hikhikhik(ayat tak tahan) 5.dah tak boleh amalkan diet dengan sebrang ubat...diet mesti mesra alam ok....tak baik utk kesihatan masa depan 6.azam yang tak pernah tertunai..almost dah tiga tahun jugak azam nie dah di carry foword...tapi tak jugak tertunai...menjadi seorg yang behave sikit...bkn dengan perangai giler2 sgt...dah menjadi seorang pendiam...huahuahuahua(boleh ker) insyalllah berusaha 7. Cari kerja baru...sbb kerja sekarang nie memerlukan pergorbanan masa...kerja sekarang tak sesuai untuk study part time nanti....kerja sekarang pun tak mesra keluarga...kalu nak kahwin cam maner...cian tinggal laki kat umah...biar my dear jer teruskan kerja kat sini...lelaki tahan lasak sikit semoga Allah makbulkan azam aku nie...akan aku berusaha dengan jaya nya..insyallah...aku bermohon pada allah jugak agar dipermudahkan segala urusan ku....melindungi aku dari segala anasir jahat perbuatan manusia mahupun dari ganggu lain...amin...amin.... pls....entry nie untuk diri sendiri review balik kalu terlupa nanti

December 23, 2009

Kisah Rokok...

malam tadi mama call tanya pasal preparation untuk barang nak bertunang.....tengah syok duk ngadu ngan dia yang tak sempat lagi nak buat...satu barang pun belum beli lagi....tetiba dia cakap
"cakap ngan Hatta tu..berenti merokok yer...dalam family kita tak ada seorang pun yang merokok....abah pun tak merokok...dah lah dulu awk sorok dr mama yg dia merokok...suruh dia berenti pelan-pelan ler....tak elok ok"
wah panjang lebar mama aku nie membebel pasal menantu dia nie....hikhikhikhik..tapi mmg pun aku dah merahsiakan pasal boyfriend aku merokok dr mama dah lama...walaupun dah pernah jumpa tapi aku minta dia rahsiakan...bila dia dah suka...nak tak nak dia tak leh reject bakal menantu dia nie....
apa nak wat mama...terima jer lah...nanti org bg tau kat Hatta yer suruh dia berenti merokok
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
kebetulan tgh check email..ada dapat email nie dr Fauziah
pEnGaLaMan aKU bereNti rOkOk n Sbb ApE akU berEnti Aku merupakan seorang perokok tegar ( heavy smoker) . Dalam usia 18 tahun aku telah mula berjinak-jinak dengan rokok, bermula dengan Dunhill .Sejak itu Dunhill telah menjadi teman karibku selama lebih kurang 4 tahun. Aku amat sedar hakikat bahawa bahaya merokok tetapi aku tidak berupaya meninggalkan tabiat buruk ini. Telah tebal telinga ini mendengar leteran daripada ibu serta member aku kerana tabiatku ini namun tiada satupun yang berjaya menggoyahkan kemahuanku terhadap rokok. Rutin harian aku ,bangun pagi sahaja aku sudah bersarapan dengan rokok dan kalau pada bulan puasa pula jika lambat bersahur aku lebih memilih rokok daripada menjamah makanan. Begitu juga selepas berbuka aku akan menghisap sebatang rokok dahulu dari menyegerakan solat Maghrib. Betapa bodoh, jahil dan taksubnya aku ketika itu. Hahhahaahaaha……… Namun semua itu berakhir hanya dengan kesedaran gua sendiri dengan memdengar satu khutbah jumaat di tmpt aku sebulan yang lalu………. Cerita gua berhenti merokok gua rasakan patut menjadi satu telada.Memandangkan gua seorang heavy smoker dan boleh berhenti merokok dengan satu khutbah jumaat yang cukup memberi kesan pada gua. Pada hari Jumaat 31 Mac 2006 bersamaan 2 Rabiulawal 1427, gua pergi menunaikan solat jumaat di oyster.Dengan gua x sangka2 Khutbah yang disampaikan hari itu ialah mengenai tabiat merokok di kalangan masyarakat Islam. Aduh…..aku dah pening kepale…SAh khutbah nie mmg utk aku…aaaaaaa…sudah…. Semasa tuan khatib memyampai khutbah nyer,tetiba hatiku mula terusik bila dikatakan “ tidakkah anda malu bila dikatakan seorang Islam berkopiah putih dan bersongkok dengan rokok terselit di jari?” Dan yang paling membakar semangat gua adalah serangkap kata-kata yang cukup pedih untuk gua terima. “ cuba anda bayangkan penanam-penanam tembakau di Kelantan tidak perlu bersusah payah memagar tanaman mereka memandangkan lembu, kambing tidak berminat dengan Tembakau. Malahan haiwan yang makan beraneka benda termasuk najis sekalipun tidak teringin untuk memagut pokok-pokok tembakau mereka. Tetapi manusia pula rela dan sanggup menghisap asap daripada tembakau ini. Adakah manusia ini lebih hina daripada haiwan dan babi?” Pehhhhh……….mendengar perhinaan serupe itu aku mule terasa betapa hinanya diri ini setelah dibandingkan sebegitu rupa. waaaaaaaaaaa……………. Aku tidak rela bila dibandingkan dengan babi, haiwan yang penuh dengan najis dan paling rendah martabatnya. Oleh itu, aku bertekad mulai saat itu aku akan berhenti merokok. NOKTAH untuk rokok. Tp bukan ari nie,tp esok aku berenti rokok….malam sebelum aku perenti rokok aku enjoy ngan rokok dulu….huhuhuuhuuuhuuu………Pada 1 APRIL 2006 aku mula berenti merokok dan sehingga ler skrg…alhamdulilah dah sebulan aku berenti rokok…. Kepada mereka yang masih lagi merokok dan telah mendengar khutbah tersebut tetapi masih lagi merokok, tidakkah anda merasa terhina apabila dibandingkan dengan seekor babi? ” hahahhahaha………berenti ler woooiiiitttt………. Sekarang aku sedar semuanya ada dalam diri kita, keazaman dan tekad. Dahulu aku pernah bayangkan bagaimana kalau aku hendak berhenti merokok, proses peralihan dan pemulihannya. Tetapi dengan tekad dan azam serta taubatku, Allah telah membuka hati ini. Terima Kasih kepada tuan khatib yang telah menyampaikan khutbahnya itu yang telah menyedarkan diri ini. Aku juga bersyukur kepada Ilahi kerana mengurniakan satu kejayaan yang paling besar untuk diriku sendiri ....jadi berenti lah merokok

December 22, 2009

...Satu Malam.....

Satu malam,en dear call sambil dia driving untuk jemput aku kuar makan malam......
en.Dear: awak...tadi saya g tampin jap saya beli peneman dalam kereta saya...
dia macam awak lah
aku: yer ker...cumel mcm saya tak???
en.Dear:cumel ker awk tu? tapi lagi cumel dia.....
aku:yer lah...nanti kalau awk driving dr rumah jangan tipon saya lagi utk teman awk
en.Dear: alah...dia mmg macam awk...mcm kepala awk bila awk nyayi kat saya
saya pun bg nama dia epa
aku:yer ker....tak sabar nak tengok.....
>
>
>
>
>
ni lah dia binatang yang dia beli tu.....warna hijau pastu dia buh nama epa sebab ada huruf e kat badan dia...pastu dia akan bergoyang kiri kanan bila kena matahari....

pls: kurang asam punya pakwe...ada dia samakan aku ngan patung nie...ada ker patut....nak kena nihhh

December 16, 2009

dari Panjang Wani

p/s: saja entry nie nak upload gambar ini edit by panjang wani.....
kebanyakan gmbr nie pun dia ambik dr blog aku jugak kan...

December 14, 2009

berjaya jugak akhirnya....

iskh...dari minggu lepas duk view web untuk cat baru umah nie...akhirnya berjaya jugak...padahal aku punya blog nie...bukan dah lama tak tukar...rasa macam baru jer tukar....tapi sajer jer...menghabiskan waktu berkerja yg sunggh bosan nie....lagi pulak..monday bluess melanda.....apa2 pun enjoy yer.....
p/s:apa motif aku wat entry nie pun tak tahu...wink...wink...wink

December 2, 2009

Happy 9month

Awak....happie 9month...hope awk sentiasa wif saya jer...saya minta maaf atas semua ketelanjuran perkaatn yg menyakitkan awk yer....saya tahu...awk mmg dah sabar ngan saya nie...moga hubungan kita berpanjangan....hingga akhir hayat ....tempuh segala rintangan

Sungguh indahnya hari berlalu Menunggu kasih tambatan hati Ingin rasanya selalu berbagi Bersamanya kala suatu nanti Andaikan kau jadi milikku Selaluku nyanyikan lagu rindu Andaikan kau dan aku bersatu Dunia ini berseri selalu Ku ingin dirimu dekat dihatiku Berdua kita kan raih bahagia Ku ingin dirimu turut merasa Rasa rindu untuk menatap matamu Menatap matamu Bagaikan bintang nun jauh di sana Terangi malam yang semakin gelap Jika kau sudi menemaniku Takkanku lepas walau sedetik pun Andainya kau jadi milikku Selaluku nyanyikan lagu rindu Andaikan kau dan aku bersatu Dunia ini berseri selalu Ku ingin dirimu dekat dihatiku Berdua kita kan raih bahagia Ku ingin dirimu turut merasa Rasa rindu 'tuk menatap matamu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...