Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

March 31, 2010

Biler sidia pun sibuk dengan "muka buku"

Dulu en.bear gebus saya nie kurang sikit meminati atau mengambil tahu tentang laman2 sosial nie...bagi dia buang masa....tapi dia berubah sebab kenkawan kat umah semua ada fb... jadi dengan malu2 kucing dia mintak saya wat kan...n belajar dr saya mcm maner nak upload gmbr or lain2....
banyak keburukan lah bile dia ada facebook nie...dia mula dan asyik tanya siapa kawan saya nie....siapa yg selalu chating ngan saya...semua gmbr saya ngan dia dia tapis...xleh upload gmbr dia yg menampakkan yg dia gemuk or tak ensem....mcam ler encem sangat!!!!kihkihkih
tapi saya suka satu hal...ketidakpuasan pasal saya tentang dia buleh diluahkan melalui msg kat fb.....dan dia pulak selalu mintak nak baca blog saya...tapi tidak sesekali saya bg link pun....kalau nak cari sendiri...nanti tak pasal2 banyak gmbr n entry kena buang.... tgk jer dia tu ganas...tak kesah...tapi hati nyer lembut.....dan dia begitu cemburu...cuma tak diluahkan...
tapi saya suka msg dia yang nie
"marah,sayang,rindu,benci,sakit ati,wat tak tahu kat awk,dan mcm2 lagi...tapi abg nak awk tahu abg ttp sayang kat awk...."
orang pun sayang kat awk....oopppsss abg
p/s: dia membahasakan diri dia abg bile dia ingin pujuk diri saya

March 29, 2010

Tips Untuk Murah Rezeki.

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah

Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan. Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman- Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) 2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.) 3.Tinggalkan perbuatan dosa Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi) 4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT) Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28) 5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami) 6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari) 7.Tunaikan hajat orang lain Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim) 8.Banyakkan berselawat Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam. 9. Buat kebajikan banyak-banyak Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.” 10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari) Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki. 11.Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari) 12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid) 13.Selalu Bersedekah Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.) 14.Selalu bangun solat malam (tahajud) Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT) 15.Selalu menunaikan Solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani) 16.Bersyukur kepada Allah (SWT) Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145) 17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam. 18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
mohonlah kepada Allah...
19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya. 20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.) Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah. Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah
-smbungan dr entry

March 25, 2010

Jatuh cinta lagi.....

entry nie....
special untuk en.bear gebus.....
.
.
.
abaaaangggg...... (sure dia ckp mmg gatal...tak pernah panggil abg pun)
leh tak nak hadiah utk advance birthday?
.
.
.
.
dah jatuh cinta
.
.
.
tak tertahan rasanya
.
.
.
nak yang nie
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
boleh ler......
bulan nie org dah ada program lain,
tak sempat masuk bajet bulan nie,
pastu saper cepat dia dapat handbag nie....
pastu azam tahun nie tak mahu beli handbag lagi...
kecuali org bagi
boleh yer...sayang
me,

entah ler

satu pagi
22.03.2010
.
.
.
masih sakit kaki,
dijemput ke office oleh en bear gebus
.
.
dengar.....topik pagi kat Hot FM
tetiba si bear gebus senyap....bukan seperti selalu
layan perasaan kut~
.
.
.
petang,
dihantar pulang
dia mengulas tentang topik pagi td
.
.
.
dia buat pengakuan ikhlas
.
.
.
saya senyap
speech less
dia memujuk...terangkan segala
.
.
.
saya terpikir

"mungkin kita tak sedar akan kesilapan kita yang lampau dan bila sesuatu yg menimpa kita mengingatkan ttg masa lampau kita baru kita akui....Allah maha adil...moga saya tabah melalui dugaan ini...."

.
.
.
skrg,
saya tawar hati.......
p/s: terfikir jugak....saya pun bukan sesempurna mana pun......
Graphics me,

March 24, 2010

Happie First Birthday

Happie First Birthday
to my blog kesayangan saya
yang sudi dengar luahan hati saya
tempat melepaskan amarah saya
link tempat saya tgk blog org lain
luahan hati saya....
walaupun saya ada en.bear gebus tu...
saya tetap sayang kamu
tetap kamu dalam hatiku...
walaupun tak der org baca kamu...yer kut?
kamu tetap saya isikan juga....
sebab kamu mmg segalanya
TQVM untuk Kamu
me,

March 23, 2010

kecuaian sendirik...tangunglah sendiri kan

dah lama jugak menyepi dr blog kan...bukan aper tuan blog nie dapat M.C 3hari plus cuti sabtu ahad...jadi 5hari duk rumah..n line hotsport kat umah entah naper tah...malas nak layan
apapun view gambar dulu
masa kejadian...pagi selasa berlengang berjalan keluar rumah siap bernyanyi2 lagi...dalam sedar tak sedar lantai depan rumah abis basah sebab malam tu hujan...apa lagi jatuh tercepuk ler... sib baik tak der org tgk cuma ada hs mate kebetulan ada kat depan umah dia yg lebih menjerit... boleh bangun ngan tak der perasaan, drive g kerja...
Dalam kul 9.30am...kak lin bdk opis bwk g ngurut tapi aku dah tuam dulu ngan ais...tapi masa nie dah jalan terjengket2 dah...tapi boleh g sarapan dulu kat tepi tasik lagi pagi tue...tak silap mcm nampak kak marsha kut...tapi akak tu tak kenal aku pun...aku silent reader blog dia sbb suka tgk baby boy dia ariq tue....
balik office balik dlm kul 11.30pg...but masa tu kaki aku dah rasa semacam dah...maybee baru lepas ngurut kut...bertahan tapi dalam pukul 1.00 dah rasa menggigil menahan kaki yg berbisa nie...phone my dear suruh dtg ambik kat office sbb nak g klinik...g klinik bukan aper nak mc jer ingat...sbb nek timah yg tukang urut tu tak kuar surat M.C lah....kalau dia keluar surat M.C senang...selalu lah boleh g kat dia...period pain pun leh g jumpa nek timah
ingatkan...biasa2 jer sakit...sampai kat klinik doctor cakap...ligimen kaki dah terkoyak...entah betul or tak aku translated balik nie...tak per nanti tanya ibu singa betul or tak? jadi doctor itu sudah balut kaki aku...andthan bermurah hati bagi Mc dua hari...tapi dia suruh datang balik esok pagi...tak kisah lah doc...bil klinik company yang bayar...suruh datang balik kali pun tak per...i pun pakai driver...kihkihkih....
dalam sakit macam nie...mulalah teringat kat mama kat umah...mmg sakit wow kaki nie...sampai nak menagis dibuat nyer tapi mmg nangis pun sebab mcm maner entah terlanggar kerusi kat umah...nak bergerak g bilik air nak mandi...mmg azab lah....kalau diberi pilihan mmg tak mau sakit nie...
kaki ku...second day
second day tu...tempat yg dah bengkak tu jadi merah...maybee pecah darah kut...entah ler.....tak tahu...and pagi tu perlu ke klinik lagi.... doctor ckp ok mmg tak der aper pun...patah pun tak.... and doctor bermurah hati lagi tambah mc lagi satu hari n doctor ingatkan jgn pergi shopping ok... giler aper...nak jalan pun susah ada ker dia leh ckp mcm tue...dia bukan aper sbb area umah aku nie...tgh Metrojaya warehouse sale....ingatkan nak g jugak cari barang utk hantaran kahwin sikit2....tapi yang ado jer lah....tgk dr kejauhan jer...sume yg pergi ckp...barang semua murah giler.... nak wat macam maner tak der rezeki....
apa pun...still sampai hari nie...kaki still bengkak biru2 lagi...jalan masih terjengket2...driving pun tak lagi....bukan aper ngada2 sikit...time nie lah...aku dilayan sepenuhnya...kihkihkih
thanks alot to my fiance yer...melayan saya....bawakan makanan...bawakan pergi klinik...papah saya yg berat nie...(tapi dia ngadu...aku garang masa sakit nie...sakit telinga dia cakap)..... sorie banyak2 yer...thanks sbb jemput saya kat umah jugak pergi balik kerja sekarang...sbb evo saya tu kita simpan jer kat office nie...duk dalam garaj...tak kena hujan panas....
tak lupa jugak buat tuan tanah ...yang selalu belikan untuk menu petang tue....thanks jugak wat budak2 umah utk amok jugak....
p/s:-seronok jugak ber MC dikala cuti sekolah nie...siaran tv penuh ngan cerita cuti sekolah... tak der lah boring sangat
me,

March 12, 2010

43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki...

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang iaitu:
1. tidak sembahyang atau solat. 2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan. 3. makan atas pinggan yang terbalik. 4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.. 5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan. 6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil. 7. suka bersandar pada pintu rumah. 8. suka duduk di atas tangga. 9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan. 10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung. 11. tidak membersihkan rumah. 12. membuang sampah atau menyapu dengan kain. 13. suka membersihkan rumah pada waktu malam. 14. suka tidur di atas muka. 15. membakar kulit bawang. 16. menjahit baju yang sedang dipakai. 17. mengelap muka dengan baju. 18. berdiri sambil bercekak pinggang. 19. tidur tidak memakai baju. 20. makan sebelum mandi hadas. 21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh. 22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit. 23. lambat pulang dari masjid. 24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak. 25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan. 26. suka memadam pelita dengan nafas. 27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup. 28. membasuh kaki dengan tangan kanan. 29. membuang air kecil pada air yang mengalir. 30. memakai seluar sambil berdiri. 31. memakai serban sambil duduk. 32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis. 33. makan dengan menggunakan dua jari. 34. berjalan di antara kambing. 35. berjalan di antara dua perempuan. 36. suka mempermainkan janggut. 37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut. 38. meletakkan tapak tangan pada hidung. 39. suka menggigit kuku dengan mulut. 40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan. 41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil. 42. menguap ketika solat. 43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
---mudahan dihindarkan perkara yang dalam tak sedar kita buat nie----

March 9, 2010

budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat mase skola rendah dulu:

ingat tak:-
  • kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.
  • salesman susu pon camtu gak.
  • kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku, just nak tlis name pengarang jer, bkan nak bace pn,sinopsis pn tibai jer.
  • RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
  • pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
  • main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
  • pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
  • cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
  • bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
  • time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
  • main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
  • jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
  • takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
  • balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
  • Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
  • Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent.
  • hehehehe....... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih...
me,

March 5, 2010

Fikir-fikirkan

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk mel...angkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik kembali

March 1, 2010

Happy 1st Anniversary

i' am so proud & blessed to have u in my life.
my endless love.
me,
p/s: pjg lebar aku wish kat dia....balasan dari dia......
"huhuhuhu...tharu....org arap kita smpi ke akhr hayat"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...