Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

April 18, 2015

Kebaikan Vitamin E

Kandungan Vita-E Complex Shaklee

Ekstrak biji anggur (39.40 mg) yang mengandungi protien, lipid, karbohidrat dan polifenol. Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C. Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (Oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya.OPC juga terikat dengan kolagen membantu kulit lebih elastik.

✳Khasiat dari pengambiln Vita-E Complex Shaklee
💆 KECANTIKAN
membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi awet muda, melambatkan penuaan  dan utk memelihara kecantikan

💪 menguatkan sistem imun badan, Melindungi paru2 dari pencemaran udara

📉menurunkan paras kolestrol, merendahkan triglycerides,
menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul
  
  💏 VITAMIN CINTA
Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dlm menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik.
Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.

👸KEWANITAAN
Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings"
RAWATAN penyakit fibrocystic payudara
Mengurangkan kedutan pada bawah mata dan tepi mata
mencerahkan warna kawasan sekitar aerola..

FAKTA MENARIK
Berdasarkan kajian, vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.
Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg.

Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.
Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
Khasiat Vitamin E :
· Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan
· .
· Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
· Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
· Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
· Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
· Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
· Merendahkan kadar kolesterol.
· Membantu mencegah kanser.
· Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
· Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.
Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia

pm saya untuk consultansi percuma
sihat.cantik.shaklee
0196664660

October 15, 2014

Semuanya tentang ESP

Soalan 1
Apa itu ESP

ESP (energizing soy protein) ni protein soya yang berkualiti tinggi dan  ianya non GMO soy..non GMO ni maksudnya ia tidak diubah suai secara genetik..penghasilan serbuk soya dipantau rapi dari proses menanam sehinggalah pemprosesannya..

ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi

1 hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda daging, 4 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia

Soalan 2
Mengapa perlu ESP

25% dari tubuh manusia terbina dari PROTEIN

Secara ringkas struktur tubuh manusia dibina daripada susunan ini :
SEL > TISU >  ORGAN > SISTEM
Struktur tubuh kita terdiri daripada berjuta-juta SEL. Kemudian sel-sel ini akan membentu tisu-tisu. Seterusnya tisu-tisu ini pula akan membentuk organ dan akhirnya organ-organ ini akan membentuk sistem.
PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas. Oleh itu badan kita memang SANGAT memerlukan PROTEIN yang berkualiti.

Contohnya kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein.
Ya.. memang makanan yang kita makan secara harian juga mengandungi protein seperti ayam, daging, ikan dan kekacang tetapi tahukah anda protein amat mudah termusnah pada suhu yang tinggi. Ayam yang digoreng pernahkah anda terfikir berapa jumlah protein yang tinggal. Kita memerlukan sebanyak 0.8 gram protein bagi setiap kilogram berat badan sehari atau anggaran 64 gram bagi orang dewasa.. Berapa banyak ayam, ikan, daging yang perlu kita makan bagi mencukupi jumlah protein harian dan sudah tentulah kesan lain yang akan kita dapat contohnya kenaikan berat badan, kolestrol yang tinggi, darah tinggi dan bermacam-macam penyakit lain lagi.
Oleh itu ESP ini merupakan protein berkualiti yang perlu kita ambil hari

Soalan 3
Berapa Lama Boleh Tahan / digunakan 1 Canister ESP

✅ 1 canister ESP mempunyai berat 850gram.
✅ Tempoh penggunaan ESP bergantung kpd pengambilan kita.
✅ sekiranya pengambilan 3 scoops sehari secara konsisten, Esp mampu bertahan selama sebulan setengah.
✅ sbg contoh, untuk energy booster dan slim, 2 scoops sbg pengganti sarapan pg. 1 scoop sebelum dinner.
✅ badan memerlukan protein yg cukup untuk menjalankan aktiviti harian. Protein membantu membina sel badan manusia. Sel yg sihat dapat meningkatkan kualiti sistem badan yg lebih baik.

Soalan 4
Siapa yang tidak boleh ambil ESP

1) Pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein  tidak tidak digalakkan.

Walaubagaimanapun ESP sebenarnya dapat mengelakkan kerosakan buah pinggang. Protein haiwan boleh merosakkan buah pinggang tetapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang

2) Bayi yang berumur di bawah 1 tahun juga tidak boleh ambil. Kanak-kanak berumur lebih dari 1 tahun boleh mengambil ESP dalam kuantiti yang sedikit. Walaubagaimanapun oleh kerana ESP tidak mengandungi lemak maka untuk kanak-kanak kami sarankan pengambilan mealshakes yang mengandungi lemak bagi tujuan pertumbuhan dan perkembangan otak kanak-kanak.

3) Individu yang allergik soya juga tidak boleh ambil ESP ini.

Soalan5
Mengapa Diabetes Sesuai Ambil ESP

ESP sesuai diambil oleh pesakit diabetes kerana mengandungi kandungan indeks glisemik yang rendah iaitu 39. Oleh itu, ia mampu membantu tubuh pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi.
Jika pesakit diabetis mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi boleh meningkatkan risiko terkena diabetis tahap 2.
Apa itu indeks glisemik?Indeks glisemik (GI) ialah satu ukuran secepat mana aras glukosa darah (i.e., gula darah) meningkat selepas memakan makanan tertentu. Glukosa (piawai yang ditetapkan) mempunyai indeks glisemia 100. Kesan setiap makanan terhadap aras glukosa darah berbeza-beza.

Soalan 6
Apa Rasa ESP Sebenarnya

ESP Shaklee ni rasa mild soya tapi kalau anda tak suka rasa soya, ada banyak cara untuk atasi rasa soya tu. Boleh bancuh 1 scoop ESP dengan 200-250ml minuman kegemaran anda tapi tak bole bancuh bersama-sama teh/kopi/nescafe/air bikarbonat ��☕ dan mesti air yang sejuk/suam. Air panas tak bole sebab nanti protein akan musnah.
Antara resepi ESP yang digemari ramai ialah:
✔ ESP + Fresh Milk ��✔ ESP + Fresh Milk + Kurma (blend)✔ ESP + Mealshakes✔ ESP + Performance Drink✔ ESP + plain water (suam/sejuk)✔ ESP + jus twister topicana✔ ESP + jus buah������������✔ ESP + nesvita 3 in 1/ nestum 3 in 1/ milo/ horlicks✔ ESP + yogurt nestle bliss

Soalan 7
Mana Yang Lebih Bagus Untuk Susu Ibu Antara ESP & Alfalfa

Pada saya kedua-duanya penting. Namun demikian, bergantung kepada bajet puan juga.

Kedua-duanya punya fungsi yang berbeza. Esp lebih kepada protein untuk berikan ibu tenaga. Bila ibu bertenaga, in sha Allah susu akan lebih banyak terhasil, supply akan dpt memenuhi demand bayi kita. Plus, banyak kebaikan esp yang lain seperti untuk kulit, rambut, untuk kurus juha.
Alfafa pula orang panggil milkbooster, penggalak susu. Ambil maksimum 10biji sehari, tetapi sebaiknya mulakan dengan dos yang rendah sebab ia umpama herbs, panas sikit...kena banyak minum air. In sha Allah, jika konsisten pengambilan, minum air putih 2-3l sehari, makan makanan berkhasiat dan yg paling penting, jangan skip kosongkan payudara samaada direct atau mengepam, susu ibu akan lebih banyak terhasil.

HuSoalan 8
Adakah Masih Perlu ESP Jika Sudah Ambil Alfalfa

Ya. Anda ambil Alfalfa sahaja atau ESP sahaja.Sekiranya ambil kedua-duanya itu lebih bagus kerana setiap vitamin ni mempunyai fungsinya yang tersendiri yang mana kekurangannya tidak dapat dipenuhi oleh ESP atau alfalfa mahupun kedua-duanya semata-mata.

Orang yang mementingkan kuantiti susu semata-mata akan merasakan sudah memadai sekiranya ambil alfalfa sahaja tetapi apa yang kita mahu adalah kualiti penyusuan tersebut.  Alfalfa sebagai milk booster akan menggalakkan pengeluaran susu ibu sedangkan badan ibu sendiri tidak cukup zat dan nutrisi. Ibarat memaksa diri melakukan sesuatu yg badan tak mampu.

Soalan 9
Apakah Kebaikan & Kelebihan Lain ESP

ESP sesuai untuk semua peringkat golongan kecuali bayi

Ibu Hamil – ESP menguatkan rahim & membantu perkembangan otot bayi dalam kandungan
Ingin Hamil – ESP pelihara & pulihara rahim
Ibu Menyusu – ESP membantu mempercepatkan pengeluaran susu
Ingin Kurus – ESP memberikan rasa kekenyangan yang berpanjangan.
Ingin Gemuk – ESP menganjalkan & memontokkan
Ingin Sihat – ESP memelihara kesihatan secara menyeluruh
Ingin Cantik – ESP membuat kulit jadi licin, gebu & cerah

Soalan 10
Betulkah Soya Tidak Bagus Untuk Kesihatan

Utk makluman encik/puan, soya ni ada 2jenis tau
1) GMO ( genetically modified organism) sudah diubah kandungan genetik nye oleh manusia.
2) NON-GMO (non genetically modified organism) kandungan genetik nya tidak prnah diubah oleh manusia.
Ape beza dua tu kan? Cmni..yg gmo tu terjadi bila permintaan melebihi production. . Sebab taknak wujud kat situ krisis kekurangan makanan..jadi semua bahan nk dibuat dengan cepat tanpa dibuat secara semulajadi.
Encik/ puan tahu tak hampir semua produk makanan yg kite makan hari2 tu ada mengandungi produk gmo??
Kadang2 kite tak sedarkan.. ermmm..
Soya adalah salah satunya. .hampir 96% soya di dunia mengandungi GMO kecuali jika encik/ puan memang beli soya yang bertanda " NON-GMO"
Saya setuju kenyataan encik/puan mengenai soya tidak bagus untuk kesihatan JIKA
》 produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO SOYA
》 produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang banyak setiap hari.

Soalan 11
Apa Beza Protein ESP, Mealshakes & Cinch

Ketiga-tiganya tinggi protein. Cuma Cinch Shake mempunyai kandungan leucine dan fiber yang tinggi. Leucine merupakan nutrisi yang diperlukan untuk mengisi bahagian-bahagian badan yang telah dibakar lemaknya dengan membina otot. Maka badan tidak akan menggeleber setelah lemak dibakar. Kandungan multivitamin juga lebih banyak pada Cinch Shake berbanding ESP..

ESP juga membantu menguruskan badan kerana memberi kekenyangan yang berpanjangan.

Mealshakes adalah protein susu lembu tanpa laktosa. Bila sebut laktosa ini ianya menyerupai khasiat susu lembu asli. Tidak sesuai untuk diet kerana ada kandungan lemak. Sebab itu ianya sesuai untuk kanak-kanak kerana lemak akan membantu tumbesaran dan perkembangan otak anak-anak.

Soalan 12
Berapa Harga ESP Promo ini

Harga 1 can ESP ni RM150

Dan ISTIMEWAnya bulan ini.. tuan/puan boleh dapatkan percuma1 can ESP ini dengan setiap pembelian 6can ESP

September 7, 2014

Set Kecantikan

Set kecantikan : :             
Vit E ( 120bj tahan 4bln ) RM149
Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

✿Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
✿Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
✿Menjaga kelembapan kulit
✿Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Vit C (180bj tahan 6bln) RM92.50

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

✿Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
✿Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
✿Mencerahkan kulit

B comp (120bj tahan 4bln) RM53.75

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:

✿Sebagai pelembap
✿Mencegah pigmentasi
✿Melambatkan tanda penuaan
✿Mengubati jerawat

TOTAL : Rm 445.25
(Harga boleh runding)

Spesial offer kalau anda berminat dgn set kecantikan kami..

#free postage semenanjung
#free gift

September 5, 2014

Omega Guard

★★ Manfaat Omega Guard Shaklee ★★

♥  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
♥  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
♥  Mencegah salur darah dari tersumbat
♥  Omega 3 dapat mengelakkan strok
♥  Mengekalkan tekanan normal darah
♥  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
♥  Mengurangkan sakit kepala
♥  Merendahkan kolestrol
♥  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
♥  Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
♥  Mengawal masalah obesiti
♥  Mengurangkan risiko penyakit jantung
♥  Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
♥  Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
♥  Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
♥  Membantu menyihatkan paru-paru
♥  Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
♥  Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
♥  Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
♥  Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
♥  Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
♥  Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
♥  Memelihara fungsi-fungsi sendi
♥  Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

August 8, 2014

Set Kesuburan Suami Isteri


SET KESUBURAN CADANGAN

ⒶUntuk Suami : Vita-E dan zINK

ⒶUntuk Isteri : GLA COMPLEX dan B.COMPLEX 

=================================
✿ GLA - membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 

✿ B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

✿ Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

✿ Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

✿ Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

tambahan

✿ Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

✿ Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.


=================================





August 6, 2014

Set Berpantang


Kalau ambil set pantang sebenarnya boleh juga digunakan untuk lepas bersalin dan seterusnya sewaktu menyusukan anak.

Itulah kelebihan produk shaklee. Memang berbaloi boleh tahan sehingga 6 bulan untuk sesetengah vitamin itu.






Hubungi saya untuk lebih info.. 


July 17, 2014

Set Menyusu Mengikut Bajet Anda!






Set Triple M adalah untuk membantu penghasilan susu ibu disamping fungsi untuk meningkatkan kesihatan dalaman. 

OsteMatrix™ (120 tabs): Lebih daripada Sekadar Kalsium OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. 

Energizing Soy Protien: Pengambilan ESP yang konsisten dapat membantu penghasilan susu ibu, membekalkan tenaga sesuai untuk mereka yang baru pulih dari sakit, baik untuk kanak-kanak, menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot. 

Alfalfa (330 tabs) : Mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Bertindak sebagai milk booster, kaya dengan nutrisi dan mineral, mengurangkan toksin, melegakan rasa kebas & sakit sendi, melancarkan pelawasan, merendahkan kolestrol. 

Vitamin-C Sustained Release 500gm (180 tabs) : Anti-oksidan semulajadi, menggalakkan gigi,gusi,tulang, otot & salur darah sihat, membantu mengurangkan simpton alergi. 

Vitalea (120 tabs) : Mengandungi beta karotena, B12, kalsium, vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.mambantu fungsi penghadaman, pertumbuhan sel, penglihatan & pembentukan sel darah merah 

B-Complex (120 tabs) : Mangandungi B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Menggalakkan kesihatan jantung, mengurangkan simpton kemurungan & tekanan. 

* Set Shaklee ini juga amat sesuai untuk lelaki dan wanita seisi keluarga yang mementingkan kesihatan dalaman. 

* ALFAFA tidak boleh diambil oleh pesakit SLE

NOTA KAKI : konsep asas penyusuan adalah DEMAND vs SUPPLY.. Lagi tinggi demand lagi tinggi supply.. Oleh itu kekerapan pam dan penyusuan terus kepada bayi adalah perlu dititikberatkan.



July 16, 2014

Khaira Nur Addeena is One!


Selamat hari jadi buat permata hati #khairanuraddeena yang pertama 
doa mama agar adik jadi anak yang baik hormat mama papa kakak
Membesar sebagai anak yang solehah 
menjadi pecen kubur mama Dan papa

doa mama agar adik diberikan kesihatan 
yang baik dan berpanjangan
doa mama agar adik pulih dari penyakit yang adik hadapi dr kecik
mama, papa dan kakak doakan agar adik dipanjangkan umur
tak mau gaduh-gaduh ngan kakak yer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...