Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

November 30, 2009

entah lah...luahan rasa

entah lah...susah nak describe org lelaki nie...cam maner kan...susah nak pahami...mcm dah paham...tapi rupanya....lom paham lagi...entah ler....
cuma mampu cakap bersabar jer lah...sabar...jgn nak melenting tak tentu pasal...kekadang aku dah elak tak mau melenting...tapi dia jugak wat aku tambah melenting...tapi dia relaks jer...
Rashifa...cuba kawal emosi anda yer...cuba kawal perasaan anda ok.... kalu marah banyak2 pun...membebel bertimbun pun...dia tetap sama kan...kalu tegur...cuma dia mampu cakap...nanti dia berubah...Nanti...nanti...nanti....semuanya nanti kan..........arhhhhh geram
ini baru bergaduh bercinta...cam ner nanti kalu bertunang...cam maner kalu dah kahwin...semua org ckp...dugaan bertunang nie...lagi hebat...dah perkhawinan tu satu fasa baru dalam kehidupan...tak sama seperti dlm alam bercinta ngan bertunang...sekarang pun susah jugak nak bertoleransi... kalu tak merajuk..tak er nyer dia mengalah...pastu dia mengomel.... asyik2 nak merajuk....
Awak...merajuk saya nak tarik perhatian awk...awk pun tahu awk buat tak kesah jer ngan saya...tapi saya tak pernah melenting...bila sy ckp...bkn layan istimewa yg saya mintak...a little bit only ok....itu pun susah ker...kalu sy ckp mcm tu..awk cakap tak nak manjakan saya.... mmg sekali hayat pun awk tak pernah manjakan saya kan...semua nya tegas sgt...tapi awk suka bergurau...entah lah wak...saya tak paham awk.....saya mmg tak paham awk......sbb awk pun..tak pernah cuba nak paham saya......
awak...saya tahu awk tak akan baca blogs sy kan...awk...kita sama-samalah pertahankan hubungan kita ok....masih jauh lagi

Aish Iskandar yang montel...

dah lama jugak entry nie terperuk tapi tak publish lagi.....Aish nie anak sepupu aku...montel dia....tak larat nak dukung lah...berat sgt...itu pun dah kurang sikit...sbb dah besar kut...dah lasak sgt....ada mcam nak sedara dia yg kan....comel sgt...hikhikhik....
dia dtg melawat makcik yang comel nie dia sempena majlis konvocation pakcik dia.....sambil tu...berjalan di bandar Melaka lah... gambar nie...dah nak balik Putrajaya dah...singgah semayang jap kat office
sedap jer dia melendingkan diri dia kat tilam makcik yg empuk sgt tue.... bulat betul lah..mulut pun leh tahan keletah...

November 26, 2009

Memamg selalunya mcm tu kan....

awk...mmg selalu mcm tu... suka hati.....selalu nak mungkir janji... tapi bila turn saya pandai pulak awk nak naik angin.... bila awk demam...pandai pulak awk cakap..... bila saya....ada awk kesah...bila sy tanya... awk ckp...apa lagi yg saya nak.... awk....mmg tak adil

November 11, 2009

Petua Kekal Bahagia

TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga. 1. Doa yang berterusan. 2. Patuh ajaran agama. 3. Murah dengan pujian. 4. Murah dengan khidmat. 5. Murah dengan belaian kasih sayang. 6. Murah dengan sentuhan. 7. Mencari kebaikan pasangan. 8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda. 9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran. 10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan. 11. Menilai diri daripada perspektif pasangan. 12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur. 13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara. 14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan. 15. Tolak-ansur. 16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan. 17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata. 18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan. 19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan. 20. Sanggup berkorban buat pasangan. 21. Menghormati pasangan. 22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada. 23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai. 24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan. 25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur. 26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan. 27. Meletakkan hak kepada pasangan. 28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan. 29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan. 30. Mengawal marah. Buat perjanjian. 31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’. 32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah. 33. Menghormati sifat semula jadi pasangan. 34. Memahami peranan ‘pasangan’. 35. Hubungan perasaan sesama pasangan. 36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati. 37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu. 38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri. 39. Tujuh kali puji dan satu teguran. 40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa. 41. Banyakkan bergurau dan bermesra. 42. Sentiasa berterus terang. 43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar. 44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran. 45. Elakkan salah pasangan. 46. Cari titik pertemuan. 47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga. 48. Lebih banyak memberi daripada menerima. 49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan. 50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya. 51. Seimbangkan hubungan dari segi: (a) Mental, pendidikan dan ilmu (b) Emosi (c) Fizikal dan ekonomi (d) Sosial (e) Spiritual 52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa). 53. Tidak terlalu mengongkong. 54. Tidak bertindak bersendirian. 55. Memberi peluang untuk berbeza: (a) Pendapat atau pandangan (b) Hobi (c) Kegemaran (d) Makanan (e) Cita rasa (f) Warna pilihan dan pelbagai 56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa. 57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif. 58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa). 59. Tidak meminta yang bukan-bukan. 60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga. 61. Mencari kelainan dan perubahan positif. 62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun. 63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t. Sumber: Harian Metro

November 9, 2009

Comel kan kami

sajer je...wat entry nie...bagi hangat kat kawan aku yang selalu cakap aku jiwang karat

RWS Bowling Tournament

Ini acara yang ditunggu oleh semua orang kat RWS nie...tapi aku lak...dapat flu selepas balik dr training...tak der lah bersuka ria sangat...tak der lah menjerit keriangan mcm org lain...sampaikan serak suara...tapi syukur gak...team kita org menang jugak walaupun dapat saguhati
@team aku_sorang jer tak ckup lagi...awey lambat @team sebelah...yang terlalu teror_ada pemain import tu....xaci
@my dear team...harap bising jerrr lebih_main pun bukan teror sangat pun
@kami yang bulat
am...aku...yam
kita orang...apai>ketua class
@geng kepohchi
iskh...bulat nyor den

November 5, 2009

eeem...penat nya lagi...

this week turn aku lak g Job Training kat Jb bila dah balik nie....rasa mcm nak demam... bukannya apa...sebab demam....sebab sepanjang traning tidur dlm aircond++kena hujan bila wat field test ber ulang alik ke dewan makan pun...berhujan++ada yg demam dlm bilik macam alasan kan.......banyak citer sebenarnya nak sharing... tapi tengah kumpul tenaga nie nak main bowling petang karang ada tournament jumpa lagik..... > > > > demam rindu belum pluss lagik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...