Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

September 30, 2009

September 15, 2009

Perlukah cinta bersebab..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang! Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya. Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang! Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya. Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yangdisayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkankasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkaumenunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jikadisebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkautersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkansetiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukansebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati."

September 10, 2009

First Entry*

Ini first entry pasal majlis berbuka puasa sedangan kan, dah banyak giler menerima undangan Majlis berbuka...siap snap ambik gambar lagik...tapi apakan daya...Penyakit malas dah melanda nie....
entry nie keluar dengan my best friends g window shopping dulu..and than baru gi buka...Lokasi di Crystal Bay-Permatang Pasir...enjoy jugak the food dia...ok lahh...cuma udang masak butter jerk yg tak best....kita org sampai awal sangat...jadi sempat lah jadi model sambilan...mem poyo kan diri jap...Ana, thanks yer belanjer nie....Nanti belanja lagiii...huahuahuahuahua

~Tamat~*Kenyanggg~

September 5, 2009

Malas lah kut*

Belum pernah lagi buat entry majlis buke puasa nie...
walaupun dah banyak undangan yang dipenuhi....
gambar pun banyak....
tapi apakan daya....
tuan tanah bizi nieeee
*jeles jugak tengok blog org lain banyak sungguh acara makan~

~Tak ada perasaan*

Ayat nie selalu jugak kita orang guna...selalu saya lah yang guna....bila my dear tak pay attension pada discusion kita orang....malah boleh dikatakan setiap hari....terpacul dr mulut saya.....
Malam tadi...mood saya untuk smbg jait manik pada baju raya yg terbengkalai sebelum puasa lagik ada...jadi bila my dear call...dia bagi balik penangan ayat tu pada sya....pulak mlm tadi dia emotional jugak...siap tanya sayang kat dia tak.....
my dear nie...tengok jer ganasss...tapi sensitif...lembut hati...maklumlah....anak bongso...tapi sayang nya...tak de lah saya melayan sangat just jawab jerr..sayang kat dia....sibuk jugak tanya...kalu kita org tak jadi kahwin cam ner.....mcm mcm lah soalan dia....
awakkkk...percaya lah kat saya...saya tak boleh kehilangan awk...
*nanti tak ada sape nak nyanyi untuk saya
*nanti tak ada sape yang nak bergurau ngan saya
tapi kalu awk mati dulu....saya kahwin ngan org lain larrr...haaahhhh...jahatnya....

"aper yang awk tengok saya gitu....saya tahu saya excited sangat...first time kita org buka sama...sempena 14ramadhan orang sayang bangat sama bear saya nieee~

September 2, 2009

~*Salah ke wanita tak pandai memasak?*~

Sekadar pendapat.... Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

September 1, 2009

appie 6month annivesary~

kenang semula macam mana kami kenal tak lah best sangat pun...kami satu office satu department...selalu sangat lah bergaduh sbb dia tak puas ati tentang kerja saya yang saya re-draw balik drawing dia....sbb suka sangat dia wat drawing tanpa lebel...Pastu yang tak boleh lupa...setiap kali dia naik ke office tak kira pagi or petang pastu duk pintu office jerit "mek usahawan muda"... pernah terlucut mulut dari Kak lin dan bos kita orang En Izam....
"kan ada yang melekat tu satu hari nanti"
dan mmg kitaorg melekat nie.....
tapi sejak kita org dah melekat nie...dia dah tak panggil saya mek...just panggil awak~
saya pun bukan senang nak menerima dia dalam hidup saya pun...sebab: entah lah...fikirkan yang dia hanya sukakan saya bila dia terluka....dia kecewa....dengan nurse dia, lagi pun kakak dia, Kak Hajar yang sukakan saya selalu suruh dia ngurat...hingga satu hari saya menerima jemputan dari Kak Hajar sempana tahlil arwah anak dia....saya kerumah dia...sehingga itu lah timbul perasaan dia kat saya...saya tak de lah beria sangat...sebenarnya...saya suka kan orang lain.....saya buntu...minta pendapat dari ul....just ym tanya dia...dia bg kata-kata nie...hingga saya sedar:
"..BukAn sEmuA yG meNgGemBiraKaN hAti kitA, bAiK uTk kiTa... KEkAdanG yG mengGembiRa kaN iTu tErseMbuNyi dEriTa...DaN bUkaN sEmUa yaNg mEmUaLkaN hAti kiTa tAk bAik uTk kitA..KekaDanG diSiTulaH LEtaKnyA BAHAGIA.."
memang saya akui...yg memualkan saya tu...membuatkan saya gembira dan bahagia, saya berdoa semoga Allah SWT memanjangkan jodoh kami bersama...walau macam mana dugaan yg berlaku saya harap...kasih dia wat saya ttp bersama saya....sekarang boleh saya katakan........
saya mmg dah betul sayang kan awk~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...