Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

May 25, 2010

lepas tensionnn

nama pun acara lepas tension...abis punah diet akuuuuu....terasa lagi keenakan lamb cop kak suria nie...en.bear gebus take notes yer...saya mahu makan lamb chop...ujung minggu nie
actually...nie aktiviti bdk umah...kak suria nak berpindah ke Jb...farewell utk dia lah kiranya
tuan tanah & amok.....tgh pilih menu
baju merah...org yg diraikan
nie...semestina tuan blog yg gebu
lepas mkn...gmbr sebelum mkn lupa nak ambik
selepas mkn kami semua menenjoykan diri ker MP...apalagi aktiviti karoeke ler
best sgt..semua sporting abis lah
gmbr sebelum karoeke....posing dlm toilet baru
gmbr tgh karoeke...nti lah tempek...lom ambik dr amok
adios untuk kak suria
good luck in life n karier yer
mintak ampun terkasar bahasa tergurau senda
halal makan minum yer
nanti kahwin jgn lupa jemput ok
jgn lupa dtg wedding saya...umah Hatta pun ok gakkk
nanti saya mesti rindu masakan akak...saper nak masak nanti
nota kaki:-dapat tahu en.bear gebus boleh stay lagi kerja sampai end year tahun depan...tapi...dia tak mau...mahu cari jugak kerja lain
me,

May 24, 2010

mmmHHHHmmmm

.
.
.
.
tak tahu entry nie nak tulis tajuk aper
****sobb...sob...sob....**
.
.
.
sedih saaaaaaaaaaaaaaagaaaaaaaaaaaattttttttt
.
.
.
pasal kerja
.
.
.
sedih...
kita org berdua dapat tahu yang kita org akan dihentikan kontrak
end month of January 2011 and than kami akan berkahwin Febuary 2011
sedangkan kontrak sebenar kitaorg abis end of Disember 2011....
tak der dengar ura-ura pun kitaorg akan disambung kontrak
adakah kita org yang terlebih emosi
sedangkan kita org mmg tahu lmbt laun kita mmg kena berenti kerja
bos kitaorg pun tak pernah nak backup pun
tak pernah nak mempertahankan diri saya exspecially
entah lah...
speechleeessss....dah malas dah penat nak ckp lagi
bukan sekali nie je....
biarlah saya bawak diri...
company saya mmg dah tak adil...bila diperlukan sgt2 dulu
bukan main dia...pujuk...mcm tawaran
saya dah berikan sepenuh jiwa raga berkerja
berkorban setiap masa...
insyallah...kita org tak akan mengalah...
tak per lah rezeki kami bukan disini
jerit lelah kami...penat kami tak pernah dihargai pun
kami bukan dr kalangan kabel besar yg boleh mempertahakn diri kami
seihklas hati kami berkerja ini lah balasan....
sekarang...
me with en.bear gebus pun dah tak der mood nak kerja
buat aper yg patut dah...
tak der dah istilah berkorban masa kitaorg dan membantu org lain
cian kat dia....putus harapan...
awak...jgn mengalah ok...
saya pun keciwa jugak
awk kena kuat...
saya ada buat awk disisi awk selalu
ini mungkin dugaan maha hebatnya utk kita
susah senang...kita akan bersama
insyalllah....itu janji saya
thanks jugak atas harapan
nasihat dr bakal2 kak ipar & abang ipar
tak lupa jugak wat bakal mak mertua
insyallah....susah senang kami akan harungi bersama
family saya lom tahu lagik...tak mau bg mama risau
nanti lagi dia sakit kepala....
silap-silap dia suruh saya balik kampung
.
.
.
chaaaoiiiiikkkk...chaaayyyoiiikkk
kami perlu cari kerja lain
malam yg hening...saat kitaorg mengenang nasib kitaorg...
*mata bengkak....nangis jugak...en.bear dtg dr jauh ambik dirumah
lepak-lepak depan dataran smbil tgk final Af
skrg nak bincang pasal kahwin pun dah tak der mood....
.
.
.
p/ls: selain putih...aper agak nyer warna sesuai pakai utk akad nikah....hehehehehe...tetiba jer
me,

May 14, 2010

kurang kasih sayang

entry khas...sempena 3th month kitaorg dah tunang
.
.
.
.
semenjak 2 menjak nie...dlm 3 minggu yang lalu
.
.
.
saya kurang jumpa awak....
.
.
.
kurang kasih sayang dr awk
.
.
.
semua nie ...disebabkan
.
.
.
1.
2.
3.aktiviti futsal awk
4. kerja awk yang menimbun...
kalau awk tak der kerja pun...
awk tetap mengabaikan saya
tak per lah awk
.
.
.
saya faham
.
.
.
terlebih faham...dah sangat
me,

May 13, 2010

Majlis Makan Malam MAPIM

last minutes dapat undangan....apa2 pun enjoy gak ler...walaupun makanan kureng sikit sedapnya.....enjoy the show...Muslee Ramli...mmg sebijik wow dia nanyi macam P.Ramlee
membaca amalan mulia
tetamu VVIP : TYT Melaka
apex ngan iza yg bertuah malam tue
misra & pian
comel kan...kakak tak nampak love tue
kak lin yg menjauh
haruslah bergambar sebelum balik
~huhuhu...bakal kakak ipar :)
me,

no mood~

Graphics
me,

May 11, 2010

Bertuahnyer~

saya nie jarang sangat nak menang aper-ape contest....hadiah saguhati pun tak pernah...tapi ini lah rezeki...tapi rezeki nie...saya berikan utk org lain...dah tersurat bukan rezeki saya...apa2 pun saya terima dengan redha...ceeewah....mcm frust jer kan...ok kita tgk...adiah dia
.
.
.
.
jeng...jeng...jengggg
.
.
.
opsss....saya masih lagi cik yer....tapi kalau dapat title Puan
pun masih tetap Che yer....
.
.
.
.
ini lah adiah nyer
terbuktilah adiah nie...mmg bukan utk saya....actually dah lupa bila masuk peraduan nie...rasanya...masa beli hamper untuk staf yg dapat new born kut...dah beli hamper tu dlm lima sekali...jadi layak lah isi borang contest...tak terpikir pun boleh menang...tapi aper2 pun...saya bersyukur seadanya.....
.
.
.
.
dan dia nie lah yang dapat baju nie....rezeki utk dia....
tapi lom pernah pulak tgk dia pakai just bg pada ibu dia jerrr
me,

Outing Ngan Yam~

lama gak tak jumpa cik yam nie...tetiba dia hantar msg masa saya mahu pulang kekampung ari tue...ckp ader kat Melaka, dan apa lagi aktiviti kami...jom karoeke...and ajak jugak budak2 opis yg lain...dah lama tak kuar sama sejak dah bertunang nie...n en.bear gebus tak ikut pun~dia tak sihat...tapi dengar2 cite dia dah karoeke dlm waktu kerja ari tu jugak...ohhh...awk ngular yerrrr
with yam...tak nampak muka saya ler
bersungguh2 tul Payid nyayi malam tue....sampai serak sore
dak pendek nie...mmg suka nyakat si yam nie
albuaya pun ader...siap nanyi lagu ghazal utk rabbiah...
Apa-apa pun enjoy outing kali nie....lepas karoeke malam tue kita org g makan kat kedai Thai..sampai cer-ber esoknya.....kihkihkih....
apa2 pun adios and tahniah untuk yam...
dapat kerja as cikgu tadika kemas..and kena g kursus 2 bulan...
nanti apa2 hal contact aku yer.....
aku sayang koooo....muaaaaaahhhh
me,
iffa

May 5, 2010

Dosa-Dosa & Facebook

Renung-renungkan...selamat beramal
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook. Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah. Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri. Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga. Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa. Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook. Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar. 2) Terlebih gambar Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai. Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu. Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah. Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'. Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini ( http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99) 3) Penyamaran Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu. Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga. 4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan. Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain. Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa. 5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat. Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair. Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend). Ini boleh menjadi dosa, kerana :- a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram. b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam. c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat. 6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat. Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya. Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik. KESIMPULAN Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook. Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa. Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin. Sekian Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...