Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee
Showing posts with label ::Etc. Show all posts
Showing posts with label ::Etc. Show all posts

March 27, 2012

Kembali Bersiaran

Huh...tak tahu nak updated aper setelah berbulan tak updated blog....tengah cari mood nak updated blog nih.....


me,
Mama Keisha

July 11, 2011

Alhamdulilah


Perkataan yang cantik - ALLAH

Lagu yang merdu - AZAN

Novel yang menarik - AL QURAN

Senaman Yang Baik - SOLAT

Diet yang mujarab – PUASA

"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu,
maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu,
maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu,
maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".








me,

April 28, 2011

Fikirlah :)




Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

credit:



me,

April 25, 2011

Rindu

Bizi giler nih...tak der masa nak updated blog...
bisness ongoing pun kat fb jer
thru blog...x updated langsung! 
help me




me,



April 12, 2011

padat...maksimum padat

minggu yang sangat Hetic! penat giler...tapi masih sempat buat bisnes baru...jadi dealer utk product  Tomme Tippee..akan updated jugak product event and mum...maybee this week...makin bertambah bizi lah yer! Kesian pulok blog nie terbiar lama dah...kerja kat opis pun menimbun...perlu susun masa dengan lebih teratur... thanks to my hubby yer...bg sokongan dan beri masa utk saya menjayakan bisnes nie... nanti jengok2 saya punya page facebook dan blog baru yer...ada promotion price untk offer opening prize...jgn lepaskan peluang yer..pre-order closed 15hb nie! maybee 20hb leh dapat barang dah...

jengok-jengok...let go shopping!


facebook saya






me,

March 1, 2011

Doa Seorang Isteri

+

Doa Seorang Isteri

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetolkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah
sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin Ya Rabbi Allamin..

sumber : web Rahsia Perkhawinan




me,

January 25, 2011

tak sabar okieh!

sangat gatal tajuk entry hari nie...xper lah bg chance org tgh darah manis nie...bergatal-gatalan....huhuhuhu



cantik gila kan wedding dia...
iskh...mcm rendah diri jap mcm wedding aku nanti xder lah grand sangat...so-so-so-so jerkh...
iskh...saper aku nak rendah diri ngan artis nie...perasan tul che rashifa nih


xoxo

December 16, 2010

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”





me,

December 14, 2010

THE CELCOM EVERYONE SALE IS BACK!



The EVERYONE SALE is here and it’s gonna be the BIGGEST SALE of the year! We’ve got awesome offers for EVERYONE! Xpax is launching this sale at a perfect time, coinciding with the Christmas and New Year celebrations as well as school holidays. It’s the best time for people to go out shopping for new phones and gadgets, at AWESOME DISCOUNTS! You shoppers out there won’t wanna miss out on this! Share this mind-blowing deal now!





me,

December 10, 2010

Shaklee@Lecithin

Assalamuaikum...hehehehehehe...sihat tak korang? just nak share satu suplement yang saya tgh mkn skrg...ini pun saya beli online dr Alin ... sorrie to Alin mengambil masa yg agak lama utk wat entry nie...sibuk sangat skrg...

Ini lah Lecitin yang saya beli tue...saya dah makan almost hampir 2minggu...refer sini, utk mengetahui dengan lebih lanjut.


Sebenarnya saya beli nie utk me dear en.bear gebus tue...dia baru wat cheek-up di hospital dan doc sahkan  kolestrol dlm badan dia agak tinggi...mahu tak nyer...dia akan mkn nasik bila ada sambal ok...xkesah sambal aper...janji sambal dan pedas...nak ngelakan dia mkn sambal....xboleh lah...walaupun dia ckp tak mkn tapi belakang saya ttp mkn kan...apatah lagi kat umah... dlm satu botol Lecithin tu ada 180biji pils jadi saya bahagikan dua utk dia dan saya


yang nie saya bahagikan  utk en.bear saya...senang utk masuk dlm pourch bag dia, saya suruh dia mkn 3biji selepas  sarapan or mkn tghari  dan 3biji utk mkn mlm.... utk saya pulak 2 biji sarapan@tgh hari...dan 2 biji mkn mlm...sarapan pagi or tengahari tu depands mkn aper...selalunya kami ambil sarapan yang berat sebab jarang mkn tghari...

Bagi saya banyak jugak effect yg jadi...saya membuang dengan lebih kerap dan kentut....sehari sekali or dua kali...jarang sekali saya dapat membuang mcm tue...kalau tak pun 2 hari sekali....saya punya t**k jadi hitam dan busuk masa mula-mula mkn...skrg dah okies lah...maybee dia dah buang aper2 yang dah lama tersumbat kut...badan tidak lah penat kalau balik kerja...kalau dulu....bila saya terpaksa OT or stayback kat office sure saya balik rumah hanya tido sebab dah penat giler kat office, tambah-tambah lagi  kerja yang memerahkan otak seharian kat office sampai leh kena  migrain...skrg, jarang kena migrain kalau dan kurang rasa penat sangat . Lagi satu, saya rasa perut saya dah kempis sikit...huhuhuhu...perasaan saya kut...hehehehehe

Untuk en.bear plak...dia cakap membuang dengan kerap dan kentut....t**k pun jadi hitam mula2...dan skrg dia ckp biler banyak sangat hisap rokok dlm satu hari...t**k dia mcm bau busuk sangat...lagi pun Lechitin nie pun bagus jugak utk dia sebagai seorg perokok...dan lagi satu dia kerap buang air kecil...yang lain-lain saya tanya tak pula dia jawab...cuma dia ckp bagus gak ubat awk beli nie...lagi bagus kalau free....nanti bila dah abis saya suruh dia pulak yang beli, mcm nak cuba mkn alfafa pilak...mcm bagus pulak tgk fungsi dia....

okies lah...sekian saja...nanti Alin komen yer.....tak leh nak tulis panjang2...skrg sibuk sangat2 nie...bye

update:- Entry nie saya pertaruhkan...untuk Hadiah Hujung Tahun untuk memenagi Sebotol Omega Guard Shaklee...mane tahu rezeki perkhawinan kami akan datang....preparation utk kami bertiga nanti....insyallah


2nd updated:- last minutes, dah nak dekat tarikh tutup...updated for penapis air percuma dr blog better you better word

me,

Jatuh Cinta Lagi~

arrrrrrh..tengah angau tahap gaban nie......baru jer siap tengok citer nie...Oh! My Lady


Citer nie...mengisahkan seorang artis popular yang telah diugut oleh seorg wanita (bekas org gajinya..seorg janda anak seorang) akan menghebohkan yang lelaki tu ada seorang anak...wanita tu diupah  sebagai org gajinya dan mengasuh anak dia sekali & tinggal bersama... dan last-last lelaki macho tu jatuh cinta kat org gajinya...sebelum tu banyak konflik yang timbul sebab nak menutup citer yang lelaki tu mempunyai anak....anak dia...Yun Enn pun comel giler


Sin Woo dan Makcik tue...dia panggil pompuan tu Makcik

 Yun Enn...comel giler...berangan jer nak anak mcm dia...



lelaki nie plak...President Yoon majikan Makcik tu...Makcik nie jugak bekerja disebuah company yg melibatkan artis...mcm ada hati jugak kat makcik tu

Si Hendsome Sin Woo




p/s: citer nie skrg dah keudara jam 8.300-9.30pm di 8tv...tuan tanah nie hilang sabar, jadi dah khatam tgk online jer....nie link http://www.jacinda1st.com



selamat menonton


nota kaki dr hati:- En.Bear Gebus...I misss u so muchhhhh...biler nak kuar dating nieee

December 8, 2010

4 Persediaan Melangkah ke Gerbang Perkahwinan


1. Minda Dan Kerohanian
Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami-isteri. Setiap pasangan juga perlu bersikap matang. Mereka juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum hakam dan ilmu agama amatlah penting. Begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi, mengurus sumber kewangan, tenaga, masa, dan kemahiran mengatasi tekanan.

2. Persediaan Fizikal
Bakal pengantin perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit. Kesihatan yang baik akan membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Bakal pasangan hendaklah memiliki kemampuan seksual. Ia amat penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Ia juga merupakan faktor utama bagi membolehkan pasangan mendapat zuriat. Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak
sebaik sahaja berkahwin. Bagi seorang wanita, mengandung pada umur kurang 18 tahun adalah tidak digalakkan, kerana pada umur tersebut tubuh badan wanita itu sedang membesar dan belum bersedia untuk mengalami perubahan fizikal dan fisiologikal semasa mengandung. Umur yang idea bagi wanita untuk menjadi seorang ibu ialah antara 20-30 tahun.

3. Persediaan Ekonomi
Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya. Sebarang sumbangan isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.

4. Persediaan Sosial
Perkahwinan membawa kepada perubahan kepada peranan kedua-dua pihak. Contohnya, mereka yang berumahtangga kini mempunyai jaringan hubungan sosial dengan mertua dan saudaramara pasangan. Oleh itu bakal pengantin perlu memastikan diri masing-masing untuk menerima segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mertua.


me,

December 6, 2010

Awal Muharam 1432 Hijrah

Dibaca sebelum Maghrib



Dibaca selepas Maghrib




Ya Allah ya tuhan ku...ampunilah dosa-dosaku, berikankan kerahmatan, keberkatan dan permudahkanlah perjalanan hidup ku...jadikanlah aku manusia yang bersyukur atas segala ketentuan mu...Permudahkan lah segala urusan kami untuk berkhawin kelak, berkatilah majlis kami dan perkenankan lah doa kami agar kami sentiasa utuh bersama menghadapi cabaran dalam kehidupan berumhtangga kelak dan kurniakanlah kami anak yang soleh dan solehah....Amin Ya Raba A'lamin

me,


December 3, 2010

Rapunzel: A Tangled Tale

Thumb up for Repunzel....best giler...walaupun tak tengok 3D pn mmg puas hati... animasi dan detail katun yang cantik, jalan citer seperti ...saper2 yang belum tgk...g lah tgk...mmg puas hati... Inilah citer katun yang membuat saya touching habis...walaupun ganggu dr 2 budak kenit yang kesejukan dalam panggung wayang tue... gambar kartun citer nie lawa sangat...mcm real enjoy giler...rasa nak tengok lagi sekali...nak tengok 3D plak... :)



tempat Repunzel disembunyikan oleh nenek kebayan yang jahat

amazing kan rambut dia

aksi meloloskan diri dr Menara



comel jerkh kan...sweet sangat

impian Repunzel nak tengok tanglung

p/s: penat duk goggle gmbr dia jumpa family dia yang touching habis tue....pastu cute plak dengan rambut dia yang dah pendek
.
.
.
.
saya g tengok repunzel ditemani oleh bdk kecik dua org nie...anak officemate....masa nie tgh tunggu ibu dia ambik bdk duaorg nie depan shopping complek

at last...mesti lah tuan tanah...dah lama kan tak tengok gmbr baru tuan tanah kedaun yang gebu gebus kan dan bertambah-tambah cun gebus
.
.
.
chooopp...chooooop....
.
.
.
pastu balik umah tengok ehwal islam..ada mamat nie...mamat yang suka pakai baju pink jadi  panel penceramah



me,

November 30, 2010

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Sumber
http://www.facebook.com/note.php?note_id=172640326088957&id=179112335435605&ref=mf



Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,


gambar tiada mengena...ihsan goggle



xoxo,

Ikhlas dari hati

entah lah...mood kurang lah nak menulis...kekadang tu ideal datang time dah duk lepak-lepak atas katil ambil mood nak tido..malas plak nak bukak lappy on9... kekadang mmg malas nak citer kat blog...nak citer pasal diri sendiri aper progrees preparation wedding pun malas...kan ada pulak suara-suara sumbang mengatakan yang hidup tak lah sehebatnya sampai nak berblog kan....

pernah terjadi dlm hidup saya, saya ada follow blog seseorang secara tak sengaja, saya begitu menkagumi hidup beliau...dengan cantiknya...kaya nya...dapat laki hendsome ...rumah dia besar...dalam hati tertanya-tanya jugak, kerja aper dia nie...laki dia kerabat diraja kut...dan citer-citer berkaitan diri dia mmg best...wah...beruntung nyer diaaa...pastu blog dia boleh tahan jugaklah ramai follower...
tapi yang realitinya...yang ado jer lah....secara tak sengaja jugak dia mempuyai pertalian dengan seseorang... baru lah terpikir...baru lah keraguan dlm hati...x semuanya yang jujur dah ikhlas dlm menulis kan....macam nak glamour semata-mata kan...manusia, macam maner alim@baik nya luaran yang kita lihat...belum tentu baiknya didalam jugakkan...

saya pulak rasa, saya menulis dari hati...kekadang mcm tak ada perasaan pun semasa menulis, kekadang tu rasa mcm bersalah plak tak menulis diblog...kecian kat dia...sepi...kalau saya marahkan seseorang pun saya menulis cuma bila melibatkan hubungan saya ngan en.bear gebus...saya tapis jugak....tak semua perkara patut kita ceritakan...ada garis-garis panduan dan privacy diantara saya dan dia...kalau marah sgt tak terluah, msg kat fb dia jer...senang citer...dia pun baca dan try pujuk saya kan...

klah, sekian entry tanpa gambar yang bosan nie.....

xoxo,

November 15, 2010

oghe kelate nok berkecek di luar. di dalam sudah la. ngehehe~

Terapi Minda jap~


Gini la jadi nyo bila bahaso kelate di kecek luarkan..baco sapa abis ni.baru demo pehe..buleh tehe nk suko selok..kawe guling bating do-de-do-de baco..hahaha..

Kantoi 1
Gu kawe kijo hotel,dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok,dio tunggu la sapa uje berenti baru dio oyak ko guest, kawe denga dio oyak gini
"mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni"

Kantoi 2
Dulu,mase kat belaja kat kolej,kelas komputer,kawe aja gu kawe pasal komputer,doh dio slow nok teke tikuh tu,kawe kato la gini
"Ming,tunggu gapo lagi nyo, PENYEK la mouse tu" .Gu kawe pun kato,oloh,kapong molek bahaso mung,mujur mu tok oyak JIREK…

Kantoi 3
Kawan abg ipar aku kantoi ketika dinner di hotel, biasalah kan waiter akan refill air sejuk dalam gelas tu kan..dia kata lebih kurang macam ni semasa waiter itu sedang menuang air kedalam gelasnya.."adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.."dengan muka yang selamba dan serius..

Kantoi 4
kwn aku... dia nak bayar harge pulut lepa kat cafe....dia sebut
“pulut LEMPA satu”...
sepatutnya pulut panggang

Kantoi 5
cikgu : ada berapa jenis KUTUB kat bumi
murid : dua, cikgu
cikgu : nama dua jenis kutub tersebut
murid : KUTUB AYAM dan KUTUB DAGING
(khutub @ kerutuk)

Kantoi 6
cikgu: kenapa baju sekolah awak ade bintik2 hitam?
murid: Baju saya kena PERTIK SAWA cikgu.

Kantoi 7
ni cito aku pulok....maso mulo2 masuk kolej...gi cafe beli air dale gelas plastik mcam kat psar malam tu..pahtu maso nok bayar tuh..."kak, ada TUDUNG tak?" sambil tgn tunjuk kat atah gelas tuh....kakak tuh mulo2 tok pehe....doh aku duk tunjuk atah gelah tu dia pun kata..."ooo....penutup"....dgn muko selamba..."a ah penutup"....malu weh....hehehehe

Kantoi 8
kwn aku citer cara2 masak kerutup..

”mula2 panaskan minyak...masukkan bhn kisar...tumis hingga naik bau...kemudian masukkan AWAS.....”

Kantoi 9
“saya tinggal bersama ayah, ibu, adik dan kakak. rumah saya berdekatan dengan rumah nenek. kadang-kadang rumah saya BERKUBANG.....”

Kantoi 10
Aku pernah dengar statement ni kat bank...
“hutang encik yang perlu bayar ialah dua ribu tiga ratus lima puluh ringgit point SAMAS.....”
yg ak nk sukonyo ore wak oyak tu ore cino......

Kantoi 11
kemarin dulu anak aku muntah atas katil, abih aa kena dkt cadar ngan toto..
smlm kitaorg tengah masukkan toto ngn cadar dlm mesin basuh..
pah, aku oyak gini dkt hubby aku .." bang, lupa la nak ambik SAMPUL BANTAL sama.."
laki aku bantai gelak..ingatkan surat je ada sampul..bantal pun ada gak ke?

Kantoi 12
peristiwa kat bandar jengka...member kelantan aku gak.....
'BANG MINTAK SUPIK SATU'.....wakakaka.....bercakap luar tuh...

Kantoi 13
masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar...
ada housemate budak kedah nak pinjam motor...dia tanya mana kunci motor aku...
dengan macho nya aku jawab...'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..'
hahahahha

Kantoi 14
masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek bdk Johor.. mmg sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku igt lg masa tu dia tgh bergayut tanya khabar awek dia yg demam..
"Ayang.. camne dah "sial" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strik (straight) td"

Kantoi 15
member citer takdih......
si A nampak ular lalu menjerit...." ular.....ular.....katak.....katak..."....

Kantoi 16
ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap
guest : " nape takde api ni"
awek : " maaf cik,black out.api berJENTAP"

Kantoi 17
Dalam sebuah komuter...
“abang boleh ALIH sikit tak? Saya nk duduk ETEP.”

Kantoi 18
Ada org luar tu dia mari jalan kampung...org kmpung tu tau doh dia orng luar..
Ore luar tu g jale umoh woris dia..woris jauh2..jadi anak tuan umoh tu nak kecek luar jugak la..
Org Luar : ' mak ada tak? '
Anak Tuan Umah : " takdi mak ada duk tanah .. dia cakap nak gi tembak, nk g beli lauk..... "
[standard org2 kg kat kelantan..waktu2 tengahari, kalau nak beli ikan, mereka akan tunggu penjual ikan datang ngn motor kat tembak (tepi jalan ) ]

Kantoi 19
haha..aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih d bazar ramadhan ari tu...die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu wi balik rm 2..so dio ni oyak ar,
"mok cik cucur lagi xcukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.."cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade".

Kantoi 20
aku tringat pok sdaro aku maso gi kijo s'pore dulu
sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu...dia skali nga saing2 dia 3 oghe
gi lah beli air....pah tu dia tanyo mokcik tu...
"kak..... PLETIM adaa ?
kakok tu ngango sapa.......saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM"

Kantoi 21
tringat ado soghe saing crito maso dio baru pindoh singapore...maso tu dio skoloh rendoh lagi...ado sari tu mok dio suruh gi keda beli bare...
saing : toke...kakah sup ada?
toke : hah?? kasut? kasut tak ada...itu terompah ada la...
saing : bukannn...kakah sup la...ada ke?
toke : aiya...saya sudah cakap kasut tak ada...terompah saja ada...
saing : (balik rumoh gi tanyo mok dio kelik) ma...cino tu duk royak kasut kasut tropoh...royak nok kakah sup...duk tawar tropoh dio...
mok saing : ma tok ingak nok royak sini oghe panggel repoh sup (rempah sup)...
saing : pade pong cino tu tok pehe...

Kantoi 22
aritu mak mentua saya ikot balik kedah. time maghrib, suami n abah saya nak pegi surau.
mak mentua saya gi tanya kat abah saya
"ustaz nok gi balasoh doh ko?"
terkejut abah saya . "taklah mek, nak pegi belasah sape pulak ni?"

Kantoi 23
membe saya cikgu,jenis pekat gler kelate tp ngajar di kL...budok2 biaso laa gege dale kelas..pastu dok tubik masuk tubik masuk..pastu dio jadi nk maroh gilo...nak marah ko budok2 tu. Dia oyak :
"awak ni kalau bising skali lagi..saya akan suruh awak TUBIK!!!"bdak2 KL hok dengar terpinga-pinga.."apa dia TUBIK cikgu?"

Kantoi 24
budak kelate:- mu gi beli timun cino kejap...
budak johor:- nk berapa?.....
budak kelate: (ngan muka confiden) mu beli daley 4-5 butir jadi ah...
pastuh budak johor tuh pegi kedai nak cari timun cina... selang beberapa minit kemudian...
budak johor: aku cari banyak kedai dah.. takde pun orang jual timun cina... apek buah tuh siap marah aku lagi.. dia kata dia tak pernah pun dengar timun cina, timun india, timun melayu....
masa tuh kitorang dah keras2 ketawa...... lepas explain kat dia yang timun cina tuh tembikai.. ngan dia2 pun ketawa besar.....

Kantoi 25Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kg aku..pah tu gak adik aku nk tido laa skali depan tv dgn spupu johor aku tu..pah tu byk nyamuk..dio pun oyat gini..
"BANYAKNYE NYAMUK...BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha..

Kantoi 26
Ado promoter gas mari umah aku..nk jual kepala gas untuk keselamatan gas gapo xtahu...mok aku hok interested nk beli..
pah mok aku ty laa..nk guno lagu mano ni..dio pun jawab..."mcm ni mak cik...kepala ni bawah ni mak cik CONCOS kat tong gas ni....

Kantoi 27
Ore kg aku duk KL, jenis tok beso kecek luar...dia ada duit besar nok g tukar keda...nok oyak guano ni nok tukar duit ni...dio kecek luar jugak...
“bang, nak tukar duit HALUS ada ?...”

Kantoi 28
dj radio: assalamualaikum
pendengar: wa'salam...
dj radio: bagai mana keadaan cuaca di Jeli skg?
pendengar: hujan berek-berek.....

Kantoi 29
ada anak buah kawe jate sore bdk KL.. umur 6 thn..
comey kakloh jugok la... bila balik kg, budok2 tino pakat2 kerumun anok buah kawe tu,,
serupo ore ulu tok rajin jupo manusio..
"Eiii... comANnye... geraNnye.... nama awak sape.... tembaNnye pipi... rasa mcm nak KENGKAF jerrrr.."

Kantoi 30
didi gi kl umah abg dia...abg dia suruh gi kedai beli gayung...so dia pon gi kedai..smpai kedai dia tanya tokey...

"BANG, ADA JUAL CETONG TAK?"...

Kantoi 31
ina baru balik dari shopping...rosnah tegur ina "WAH INA BARU BALIK? BALIK DARI MANA? BANYAK NYA JABIR KAT TANGAN TU”....

Kantoi 32
ada sore staf puam opis kawe, sebab dia hok paling janguk bos kawe suh dia entertain pelawat dr KL time acara makan2, ada buoh duye..
bila pelawat tu oyak, best2 durian sini, lemak.. dio jawab..
"memanglah durian sini best2, tp sy tak boleh makan byk sangat coz cepat lugal"..

Kantoi 33
mak aku cikgu, dulu dia sokmo wat kelik buku latihan bdk2 check dumoh..
ado sekali tuh, selok dia suko.. dio tunjuk tuh so family ngilai.. ado student tuh wat ayat..
"Itik sedang menyudu air cha.. "

Kantoi 34
Aku sedang melayan anak kawan aku bermain ditaman permainan..tetiba aku cemas sebab budak2 itu telah buat lari pecut 100 meter..
dengan pantas aku menjerit...
"Naqib...jangan lari laju2...nanti REBAS!!"
Nasib baik aku sorg je masa tu..tp aku tetap gelak sorg diri...suker selok...

Kantoi 35
pengalaman aku, ado ore luar mai umoh tuk aku..lepas make tghari, tuk aku wi bantal ko ore tu sambil oyak gini:
" guling-guling la dulu mek... lambat lagi nok gi keda"....
terpinga2 ore tuh... mujo x guling sungguh.. kalu dok gak, pah tanoh la wehh.. rumoh tuk aku tu tinggi.

Kantoi 36
aku selalunya kantoi tang kunci kereta....
dah terbiasa sebut..."suis keta"
ada sekali tu, aku suruh lab assistant aku gi beli barang, aku ckp ngan dia
"ambik la suis keta aku tu...bwk keta aku jer"
dia ngan muka cuak tgk aku..."napa? keta takleh start ke?"
aku jwb balik..."ye la, kalau tak ambik suis keta tu...camana ko nak start keta aku lak?"
lagi dia heran...
pastu...baru aku tersedar.....that's kunci kereta.....
bukan suis keta

Kantoi 37
maso saing kawe mari KL...sek2 rumoh kawe nak masok tengahhari pahtu suruh la dia gi kedai beli ikan ...
saing aku : Bang ikan AYA ada?
Tokey : Ikan AYA?....ikan apa tu dik?...xde jual la
Saing Aku : Ala Bang tu ada la ikan AYA tu...(sambil tunjuk)
Tokey : oooo ni ikan tongkol la dik...
balik rumah dia bercerita gege 1 rumah dok suko ko dio..

Kantoi 38
teringat maso kawe ngaji k.l mulo,
nk g beli sabun basuh.. "kak sabun SETOKOL"

Kantoi 39
Ambo sediri pun penah kena dulu, gini..
masa kursus BTN, member dorm sebelah bising, selamba je ambo tepik,
"weiii, diamla, BOSANLA
heheheh..member kelate pecoh perut suko..lorat kelantan, istilah Bosan ni ada dua maksud

Kantoi 40
so lagi, ambo tengok budok2 dok gayut di taman permainan di Putrajaya,
ambo tepikla larang takut jatuh :
" weiii, jangan bergayut kat situ, nanti jatuh, dapat FAEDAH (BULEH PEKDOH)
member aku terguling reboh suko

Kantoi Tahap Dewa
Jusuh dari kelantan, baru datang KL, duk umah sewa kawan2 dia, suatu hari dia ikut kawan dia g disko, semua kwan2 dia mabuk. Dia ckap kat kawan dia :
"berat-berat korang semua nih.....dah-dah la tuh....jom KELIK...
- BERKECEK LUAI NAH DIEE. ;P

HAHAHAHA.

p/s: ada sesetegah tu...cik mek molek nie pun dop paham lahhhh
hehehehe


xoxo,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...