Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

..........entry terakhir 2009........
---------------selamat tinggal 2009------------
moga tahun 2010 membawa seribu kerahmatan dalam diri aku
semoga tahun ini lebih elok dr tahun sebelumnya....
......amin.....

December 30, 2009

Tahun Baru Azam Baru....

Dah tak berapa lagi dah nak melangkah tahun baru...kalu imbas kembali pada tahun nie..ada suka dan duka jugak lah untuk diri aku sendiri...alhamdulilah...azam tahun nie nak jumpa soulmate tu dah ada...dan insyallah kami planing utk bertunang tahun 2010 dan insyallah kahwin tahun 2010 jugak kalu tak ada aral melintang..... Dari segi ekonomi jugak...rasanya tahun 2009 aku terlalu boros...sampaikan saving pun terkorek jugak...n than sekarang pening maner nak cekau duit nie...planing nak kahwin nie...mcm terlalu awal...tak sempat nak saving...jadi mulai sekarang aku kena betul saving giler...tak boleh shopping lagik...terutamanya 1. tak boleh beli kain@baju lagi...kalu dulu almost setiap bulan beli kain and than upah jahit baju..kekadang tu dalam dua pasang baju setiap bulan...sedar tak sedar dah penuh almari aku...itu pun dah separuh angkut wat balik kampung... Kena tahan sehingga nak kahwin...nanti nak kahwin baru leh wat baju baru... 2.tak boleh beli handbag jugak sebab tahun 2009 aku dah beli 3 handbang kalau kira balik +- hampir 500 jugak....kena pakai sampai rosak yer Rashifa.... 3.tak boleh beli kasut jugak sebab kat boot kereta tu dah boleh bukak bundle dah dengan ada sandle,flat sliper...heel sampai ker kasut...lagipun dah janji jugak ngan mydear dah tak leh beli kasut sebab dah pow dia ngan selipar nike kat al-ikhsan ari tue...kopak duit dia(tak per...kerna sayang kan) 4. azam nie pulak mesti kena struggler giler...jangan hangat2 taik ayam...kena mimun susu sbb skrg kalau semayang bunyi kerapuhan tulang aku...kalu nak membina generasi cemerlang dan berkualiti dan baik kena lah berusaha dr sekarang....hikhikhik(ayat tak tahan) 5.dah tak boleh amalkan diet dengan sebrang ubat...diet mesti mesra alam ok....tak baik utk kesihatan masa depan 6.azam yang tak pernah tertunai..almost dah tiga tahun jugak azam nie dah di carry foword...tapi tak jugak tertunai...menjadi seorg yang behave sikit...bkn dengan perangai giler2 sgt...dah menjadi seorang pendiam...huahuahuahua(boleh ker) insyalllah berusaha 7. Cari kerja baru...sbb kerja sekarang nie memerlukan pergorbanan masa...kerja sekarang tak sesuai untuk study part time nanti....kerja sekarang pun tak mesra keluarga...kalu nak kahwin cam maner...cian tinggal laki kat umah...biar my dear jer teruskan kerja kat sini...lelaki tahan lasak sikit semoga Allah makbulkan azam aku nie...akan aku berusaha dengan jaya nya..insyallah...aku bermohon pada allah jugak agar dipermudahkan segala urusan ku....melindungi aku dari segala anasir jahat perbuatan manusia mahupun dari ganggu lain...amin...amin.... pls....entry nie untuk diri sendiri review balik kalu terlupa nanti

December 23, 2009

Kisah Rokok...

malam tadi mama call tanya pasal preparation untuk barang nak bertunang.....tengah syok duk ngadu ngan dia yang tak sempat lagi nak buat...satu barang pun belum beli lagi....tetiba dia cakap
"cakap ngan Hatta tu..berenti merokok yer...dalam family kita tak ada seorang pun yang merokok....abah pun tak merokok...dah lah dulu awk sorok dr mama yg dia merokok...suruh dia berenti pelan-pelan ler....tak elok ok"
wah panjang lebar mama aku nie membebel pasal menantu dia nie....hikhikhikhik..tapi mmg pun aku dah merahsiakan pasal boyfriend aku merokok dr mama dah lama...walaupun dah pernah jumpa tapi aku minta dia rahsiakan...bila dia dah suka...nak tak nak dia tak leh reject bakal menantu dia nie....
apa nak wat mama...terima jer lah...nanti org bg tau kat Hatta yer suruh dia berenti merokok
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
kebetulan tgh check email..ada dapat email nie dr Fauziah
pEnGaLaMan aKU bereNti rOkOk n Sbb ApE akU berEnti Aku merupakan seorang perokok tegar ( heavy smoker) . Dalam usia 18 tahun aku telah mula berjinak-jinak dengan rokok, bermula dengan Dunhill .Sejak itu Dunhill telah menjadi teman karibku selama lebih kurang 4 tahun. Aku amat sedar hakikat bahawa bahaya merokok tetapi aku tidak berupaya meninggalkan tabiat buruk ini. Telah tebal telinga ini mendengar leteran daripada ibu serta member aku kerana tabiatku ini namun tiada satupun yang berjaya menggoyahkan kemahuanku terhadap rokok. Rutin harian aku ,bangun pagi sahaja aku sudah bersarapan dengan rokok dan kalau pada bulan puasa pula jika lambat bersahur aku lebih memilih rokok daripada menjamah makanan. Begitu juga selepas berbuka aku akan menghisap sebatang rokok dahulu dari menyegerakan solat Maghrib. Betapa bodoh, jahil dan taksubnya aku ketika itu. Hahhahaahaaha……… Namun semua itu berakhir hanya dengan kesedaran gua sendiri dengan memdengar satu khutbah jumaat di tmpt aku sebulan yang lalu………. Cerita gua berhenti merokok gua rasakan patut menjadi satu telada.Memandangkan gua seorang heavy smoker dan boleh berhenti merokok dengan satu khutbah jumaat yang cukup memberi kesan pada gua. Pada hari Jumaat 31 Mac 2006 bersamaan 2 Rabiulawal 1427, gua pergi menunaikan solat jumaat di oyster.Dengan gua x sangka2 Khutbah yang disampaikan hari itu ialah mengenai tabiat merokok di kalangan masyarakat Islam. Aduh…..aku dah pening kepale…SAh khutbah nie mmg utk aku…aaaaaaa…sudah…. Semasa tuan khatib memyampai khutbah nyer,tetiba hatiku mula terusik bila dikatakan “ tidakkah anda malu bila dikatakan seorang Islam berkopiah putih dan bersongkok dengan rokok terselit di jari?” Dan yang paling membakar semangat gua adalah serangkap kata-kata yang cukup pedih untuk gua terima. “ cuba anda bayangkan penanam-penanam tembakau di Kelantan tidak perlu bersusah payah memagar tanaman mereka memandangkan lembu, kambing tidak berminat dengan Tembakau. Malahan haiwan yang makan beraneka benda termasuk najis sekalipun tidak teringin untuk memagut pokok-pokok tembakau mereka. Tetapi manusia pula rela dan sanggup menghisap asap daripada tembakau ini. Adakah manusia ini lebih hina daripada haiwan dan babi?” Pehhhhh……….mendengar perhinaan serupe itu aku mule terasa betapa hinanya diri ini setelah dibandingkan sebegitu rupa. waaaaaaaaaaa……………. Aku tidak rela bila dibandingkan dengan babi, haiwan yang penuh dengan najis dan paling rendah martabatnya. Oleh itu, aku bertekad mulai saat itu aku akan berhenti merokok. NOKTAH untuk rokok. Tp bukan ari nie,tp esok aku berenti rokok….malam sebelum aku perenti rokok aku enjoy ngan rokok dulu….huhuhuuhuuuhuuu………Pada 1 APRIL 2006 aku mula berenti merokok dan sehingga ler skrg…alhamdulilah dah sebulan aku berenti rokok…. Kepada mereka yang masih lagi merokok dan telah mendengar khutbah tersebut tetapi masih lagi merokok, tidakkah anda merasa terhina apabila dibandingkan dengan seekor babi? ” hahahhahaha………berenti ler woooiiiitttt………. Sekarang aku sedar semuanya ada dalam diri kita, keazaman dan tekad. Dahulu aku pernah bayangkan bagaimana kalau aku hendak berhenti merokok, proses peralihan dan pemulihannya. Tetapi dengan tekad dan azam serta taubatku, Allah telah membuka hati ini. Terima Kasih kepada tuan khatib yang telah menyampaikan khutbahnya itu yang telah menyedarkan diri ini. Aku juga bersyukur kepada Ilahi kerana mengurniakan satu kejayaan yang paling besar untuk diriku sendiri ....jadi berenti lah merokok

December 22, 2009

...Satu Malam.....

Satu malam,en dear call sambil dia driving untuk jemput aku kuar makan malam......
en.Dear: awak...tadi saya g tampin jap saya beli peneman dalam kereta saya...
dia macam awak lah
aku: yer ker...cumel mcm saya tak???
en.Dear:cumel ker awk tu? tapi lagi cumel dia.....
aku:yer lah...nanti kalau awk driving dr rumah jangan tipon saya lagi utk teman awk
en.Dear: alah...dia mmg macam awk...mcm kepala awk bila awk nyayi kat saya
saya pun bg nama dia epa
aku:yer ker....tak sabar nak tengok.....
>
>
>
>
>
ni lah dia binatang yang dia beli tu.....warna hijau pastu dia buh nama epa sebab ada huruf e kat badan dia...pastu dia akan bergoyang kiri kanan bila kena matahari....

pls: kurang asam punya pakwe...ada dia samakan aku ngan patung nie...ada ker patut....nak kena nihhh

December 16, 2009

dari Panjang Wani

p/s: saja entry nie nak upload gambar ini edit by panjang wani.....
kebanyakan gmbr nie pun dia ambik dr blog aku jugak kan...

December 14, 2009

berjaya jugak akhirnya....

iskh...dari minggu lepas duk view web untuk cat baru umah nie...akhirnya berjaya jugak...padahal aku punya blog nie...bukan dah lama tak tukar...rasa macam baru jer tukar....tapi sajer jer...menghabiskan waktu berkerja yg sunggh bosan nie....lagi pulak..monday bluess melanda.....apa2 pun enjoy yer.....
p/s:apa motif aku wat entry nie pun tak tahu...wink...wink...wink

December 2, 2009

Happy 9month

Awak....happie 9month...hope awk sentiasa wif saya jer...saya minta maaf atas semua ketelanjuran perkaatn yg menyakitkan awk yer....saya tahu...awk mmg dah sabar ngan saya nie...moga hubungan kita berpanjangan....hingga akhir hayat ....tempuh segala rintangan

Sungguh indahnya hari berlalu Menunggu kasih tambatan hati Ingin rasanya selalu berbagi Bersamanya kala suatu nanti Andaikan kau jadi milikku Selaluku nyanyikan lagu rindu Andaikan kau dan aku bersatu Dunia ini berseri selalu Ku ingin dirimu dekat dihatiku Berdua kita kan raih bahagia Ku ingin dirimu turut merasa Rasa rindu untuk menatap matamu Menatap matamu Bagaikan bintang nun jauh di sana Terangi malam yang semakin gelap Jika kau sudi menemaniku Takkanku lepas walau sedetik pun Andainya kau jadi milikku Selaluku nyanyikan lagu rindu Andaikan kau dan aku bersatu Dunia ini berseri selalu Ku ingin dirimu dekat dihatiku Berdua kita kan raih bahagia Ku ingin dirimu turut merasa Rasa rindu 'tuk menatap matamu

November 30, 2009

entah lah...luahan rasa

entah lah...susah nak describe org lelaki nie...cam maner kan...susah nak pahami...mcm dah paham...tapi rupanya....lom paham lagi...entah ler....
cuma mampu cakap bersabar jer lah...sabar...jgn nak melenting tak tentu pasal...kekadang aku dah elak tak mau melenting...tapi dia jugak wat aku tambah melenting...tapi dia relaks jer...
Rashifa...cuba kawal emosi anda yer...cuba kawal perasaan anda ok.... kalu marah banyak2 pun...membebel bertimbun pun...dia tetap sama kan...kalu tegur...cuma dia mampu cakap...nanti dia berubah...Nanti...nanti...nanti....semuanya nanti kan..........arhhhhh geram
ini baru bergaduh bercinta...cam ner nanti kalu bertunang...cam maner kalu dah kahwin...semua org ckp...dugaan bertunang nie...lagi hebat...dah perkhawinan tu satu fasa baru dalam kehidupan...tak sama seperti dlm alam bercinta ngan bertunang...sekarang pun susah jugak nak bertoleransi... kalu tak merajuk..tak er nyer dia mengalah...pastu dia mengomel.... asyik2 nak merajuk....
Awak...merajuk saya nak tarik perhatian awk...awk pun tahu awk buat tak kesah jer ngan saya...tapi saya tak pernah melenting...bila sy ckp...bkn layan istimewa yg saya mintak...a little bit only ok....itu pun susah ker...kalu sy ckp mcm tu..awk cakap tak nak manjakan saya.... mmg sekali hayat pun awk tak pernah manjakan saya kan...semua nya tegas sgt...tapi awk suka bergurau...entah lah wak...saya tak paham awk.....saya mmg tak paham awk......sbb awk pun..tak pernah cuba nak paham saya......
awak...saya tahu awk tak akan baca blogs sy kan...awk...kita sama-samalah pertahankan hubungan kita ok....masih jauh lagi

Aish Iskandar yang montel...

dah lama jugak entry nie terperuk tapi tak publish lagi.....Aish nie anak sepupu aku...montel dia....tak larat nak dukung lah...berat sgt...itu pun dah kurang sikit...sbb dah besar kut...dah lasak sgt....ada mcam nak sedara dia yg kan....comel sgt...hikhikhik....
dia dtg melawat makcik yang comel nie dia sempena majlis konvocation pakcik dia.....sambil tu...berjalan di bandar Melaka lah... gambar nie...dah nak balik Putrajaya dah...singgah semayang jap kat office
sedap jer dia melendingkan diri dia kat tilam makcik yg empuk sgt tue.... bulat betul lah..mulut pun leh tahan keletah...

November 26, 2009

Memamg selalunya mcm tu kan....

awk...mmg selalu mcm tu... suka hati.....selalu nak mungkir janji... tapi bila turn saya pandai pulak awk nak naik angin.... bila awk demam...pandai pulak awk cakap..... bila saya....ada awk kesah...bila sy tanya... awk ckp...apa lagi yg saya nak.... awk....mmg tak adil

November 11, 2009

Petua Kekal Bahagia

TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga. 1. Doa yang berterusan. 2. Patuh ajaran agama. 3. Murah dengan pujian. 4. Murah dengan khidmat. 5. Murah dengan belaian kasih sayang. 6. Murah dengan sentuhan. 7. Mencari kebaikan pasangan. 8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda. 9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran. 10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan. 11. Menilai diri daripada perspektif pasangan. 12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur. 13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara. 14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan. 15. Tolak-ansur. 16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan. 17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata. 18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan. 19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan. 20. Sanggup berkorban buat pasangan. 21. Menghormati pasangan. 22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada. 23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai. 24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan. 25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur. 26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan. 27. Meletakkan hak kepada pasangan. 28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan. 29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan. 30. Mengawal marah. Buat perjanjian. 31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’. 32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah. 33. Menghormati sifat semula jadi pasangan. 34. Memahami peranan ‘pasangan’. 35. Hubungan perasaan sesama pasangan. 36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati. 37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu. 38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri. 39. Tujuh kali puji dan satu teguran. 40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa. 41. Banyakkan bergurau dan bermesra. 42. Sentiasa berterus terang. 43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar. 44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran. 45. Elakkan salah pasangan. 46. Cari titik pertemuan. 47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga. 48. Lebih banyak memberi daripada menerima. 49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan. 50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya. 51. Seimbangkan hubungan dari segi: (a) Mental, pendidikan dan ilmu (b) Emosi (c) Fizikal dan ekonomi (d) Sosial (e) Spiritual 52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa). 53. Tidak terlalu mengongkong. 54. Tidak bertindak bersendirian. 55. Memberi peluang untuk berbeza: (a) Pendapat atau pandangan (b) Hobi (c) Kegemaran (d) Makanan (e) Cita rasa (f) Warna pilihan dan pelbagai 56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa. 57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif. 58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa). 59. Tidak meminta yang bukan-bukan. 60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga. 61. Mencari kelainan dan perubahan positif. 62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun. 63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t. Sumber: Harian Metro

November 9, 2009

Comel kan kami

sajer je...wat entry nie...bagi hangat kat kawan aku yang selalu cakap aku jiwang karat

RWS Bowling Tournament

Ini acara yang ditunggu oleh semua orang kat RWS nie...tapi aku lak...dapat flu selepas balik dr training...tak der lah bersuka ria sangat...tak der lah menjerit keriangan mcm org lain...sampaikan serak suara...tapi syukur gak...team kita org menang jugak walaupun dapat saguhati
@team aku_sorang jer tak ckup lagi...awey lambat @team sebelah...yang terlalu teror_ada pemain import tu....xaci
@my dear team...harap bising jerrr lebih_main pun bukan teror sangat pun
@kami yang bulat
am...aku...yam
kita orang...apai>ketua class
@geng kepohchi
iskh...bulat nyor den

November 5, 2009

eeem...penat nya lagi...

this week turn aku lak g Job Training kat Jb bila dah balik nie....rasa mcm nak demam... bukannya apa...sebab demam....sebab sepanjang traning tidur dlm aircond++kena hujan bila wat field test ber ulang alik ke dewan makan pun...berhujan++ada yg demam dlm bilik macam alasan kan.......banyak citer sebenarnya nak sharing... tapi tengah kumpul tenaga nie nak main bowling petang karang ada tournament jumpa lagik..... > > > > demam rindu belum pluss lagik

October 30, 2009

Hebatkan dugaan....Benarkah Aku telah bersedia

Macam-macam perkara yg terjadi...sebenarnya dr terlepas mulut seseorg...entahlah.....bukan nak ambik hati tapi takut jugak suatu hari nanti...apa-apa yg berlaku kat atas diri aku...diambil kesempatan.... Percayalah...aku benar-benar ikhlas menerima diri dia.... seperti mana selalu nya dia ckp...dia pun terima aku seadanya....tapi sebenarnya...aku jugak takut...aku jugak risau... Cuma yang aku minta....Kami sama-sama lah mengharungi nya....sama-sama juga akan pertahankan keputusan kami...insyallah....sama-sama kami harungi pilihan kami........ p/s:awk...saya sebenarnya risau...bukan tak percayakan awk...tapi entah lah...berbelah bagi...tapi saya jugak takut kehilangan awak........

October 29, 2009

SERABUT

SERABUT nyer...banyak giler kerja nie...... PENINGLAH ngan Audit nie....banyak giler kerja pastu dua seksyen aku wat sorang jer...dah lah....zone ada 163...tak ker mati tueeee dalam minggu depan aku nak g training...kerja bertimbun lagi.... nak pergi sana dengan tenanggggg......

(gambar tak de kena mengena ngan entry)p/s: rindu kat budak itam nie......kesian kat dia kena chikenpop....mesti tak ensem dah

October 24, 2009

Ada jugak yer...pompuan mcm tue...

entahlah...sebenarnya dah geram sangat dah...ada jugak perangai mcm nie...tak padan ngan imej yang dibawa ala-ala muslimah sejatilah konon-konon...tapi sebenarnya....dia nie agaknya culture shock kut...yer lah...selama nie tak pernah kenal dunia terperap kat rumah ...tetiba dapat kerja baru nak kenal dunia....dikelilingi oleh lelaki...senang-senang jerkh menabur janji manis.....konon dia lah yang paling cun....paling baik dan yang penting paling beriman...orang lain kan jahat semuanya...yang lelaki mmg suka pompuan mcm tu kan....suka didepan dibelakang kutuk tak ingat.....
Tak tahu malu ker dia....buat perangai mcm tu...dengan melayan jantan pun hebat jugak....(walaupun dah tahu dia tu f****** org....tak pikir ker???)org lain tengok kan malu tue.....entahlah...pikir lah sendiri.... kita org yg pompuan kat office nie mmg teraniaya...yerlah tak tahu sebenarnya diambil kesempatan....
Lagi satu yang terbaru...PENIPU...apa dia ingat kitaorg nie heran sangat ngan dia....pegi m***os lah....ingat lah...buat baik dibalas baik...buat jahat ko pikir lah sendirik
p/s: mmg patutlah kalu ada yang terasa....sapa mkn cili terasa pedas kan....

October 20, 2009

RWS Malacca Version 1

Ini sambutan Jamuan Hari Raya kat office....last minutes sambutan hari raya...sebenarnya sengaja jer...sbb terlalu full sgt aktiviti kat office nie...sbb tu lah pilih tarikh nie...best sangat raya kali nie...ngan bos yang sporting giler...Hj Zailan pun sporting sgt...

October 13, 2009

Terasa Jauh

aWk....bila nak balik

Ada Aku KESAH!

wei......oRang Sebelah..... Aku memang tak Kesah.... Jangan pulak nak suka-suka cakap aku kesah...... poyo sungguh lah ko nie...... padahal ko tu yang kesah.....

October 12, 2009

Minggu yang kurang baik~

Macam perkara yang kurang baik sikitlah minggu lepas terjadi...Dari hari isnin+selasa+rabu lagi duk moody ngan my dear entah apa sebab pun tak tahu pastu boleh menangis jugak entah apa dgn dia cakap...dah lupa.....cuma yg ingatnya..dia ada cancellkan dineer dah lambat jadi aku tido dalam kelaparan....
Sorry yer wak...saya tahu awk pun macam kurang sabar sikit ngan saya dlm minggu lepas...dlm hari khamis dia pujuk balik...ajak g tengok wayang petang tu lepas kerja...citer Papadom...best citer nie terhibur sikit...walapun menangis gak ending dia...ok lah..kira terhibur sikit lah....

Thanks for the movie

melandingkan diri di sofa luar panggung sebelum citer nak mula(macam dah selalu sangat lah possing ngan baju nie) Dalam hari Jumaat pulak...menangis jugak...bukan apa sedih dengan keputusan penilain prestasi... aku tahu aku dah buat lebih dari tue... tapi nak wat mcm maner... kerja dengan org lain pastu penilain ngan org lain... bos yg lama pun ckp...aku dapat markah sikit jer.... tak per lah....bak kata my dear rezeki kat tempat lain kut....

Dalam hari sabtu...g JB sajer jer nak berjalan..konon-konon nak g realesed tension...pastu aku ditimpa dua kemalangan kecil...nasib baik aku tak ada apa-apa...just kereta aku jer terguris sikit...putih aku mintak maaf aku tak sengaja...tapi dalam malam tu pulak...ada berita yang buat aku teruja...Planing kita orang untuk bertunang dlm bulan Januari nie...diluluskan...dipersetujui kedua pihak...alhamdulilah.....
Walaupun..banyak perkara yang kurang baik berlaku...tapi sekurang-kurangnya ada perkara yang baik berlaku kat aku....

@Kenny Rogers City Square Johor Bharu melantak sebelum nak g rumah Zura

My dear putih terguris_terluka

"putih_aku mkintak maaf yer..aku tak sengaja..orang tu yang langgar aku..nti aku betulkan yer"

October 6, 2009

Aidilfitri 2009~Kami Berdua

Hari Raya Kami Berdua
Purple Theme walaupun nampak macam pink jerkh
@my dear kat depan umah saya....duk sembang kosong....
pastu ajak dia g jalan kat Pantai Sabak
>
>
>
>
menunjukkan keterujaan(kat Melaka tak ada ker?????) aku lemah tanpa kamu~
on the way pulang ke Melaka...makan bekal dr mama...fav dia...bihun goreng @seorang pemandu berhemah...seorang penghibur yang terhebat......tapi tak habis-habis cakap...jauhnya rumah awak.... sorie yer wak...nak wat mcm maner...tempoh lah sama-sama yer

Rahsia Mengenai Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga

ORANG tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga. Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala. Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian. Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu. Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir. Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan? Kepercayaan sekadar satu panduan Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:
Sulung dengan sulung Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini. Sulung - Tengah Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi. Sulung - Bongsu Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan. Tengah - Tengah Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian. Tengah - Bongsu Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih

Aidilfitri 2009

Banyak perkara yang berlaku raya tahun nie...happy sangat...my dear pon officially dah memunculkan diri kat my parents...expecially my abah lah..sbb ngan mama dia dah jumpa... tahun nie jugak kita org satu family mengabdikan potret keluarga untuk re-new gambar family yang terkhir pada tahun 2004 kut...masa abah pencen...utk tahun nie maner lah tahu last untuk anak dara dia...kut-kut tahun depan tambah ahli keluargakut....(haaaaa...ayat gatal)......
nanti tambah lagi lah...malas dah nak tunggu lambat sangat laaarrr....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...