Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

January 28, 2010

Serabut

. . . serabut giler . . kecik hati . . stress nyer . . . awak...pinjam bahu jap . .

. . http://www.emocutez.com

January 26, 2010

salah aku ker yang tak mengaku???

pelik bin ajaib lah diorang nie...siap duk ngutuk aku kat belakang...ingat aku tak tahu ker???
abis aku dah tak leh nak ckp mcm maner???bukan ler aku tak leh cakap langsung...boleh lah sikit2....ingat aku tak sayang tanah tumpah tempat aku dilahirkan ker....mmg akui...aku nie tak der salng langsung loghat kelantan walaupun aku nie org kelantan...
dah-dah n sah-sah ler aku dari sekolah rendah hingga sekolah menengah duk sekolah belah luar.....belah johor pastu smbg wat diploma pun belah sana gak.....bile aku cuti semeste dulu aku duk umah mak aku kat perak...pastu mak ku pindah duk kl pastu mak aku pindah duk Perlis...itu salah aku ker tak pandai ckp qlate.....
kalau nak suruh aku cakap kedah pun boleh gak...kebetulan roommates aku dulu budak kedah...leh lah cakap kedah sikit2...tak terer pun...cakap kelantan pun boleh gak...itu salah aku ker tak nak ngaku???? tak paham lah org nie...ada dia cakap aku kerek +++berlagak nak cakap kl....hikhikhik tolong lah...aku setakat duk kl taraf kota metropolitan pun pernah jugak ler...duk kat ceruk kampung pendalaman...keluar dari rumah curi-curi mandi sungai pun pernah ler....ingat aku geli ker nak wat tu sumer....aku ngaku ler aku org kelantan...tapi majoriti cakap aku org jawa....salah aku lagi ker?????ingat aku murtat kelantan ker...aku balik jer kelantan...siap ko...nanti aku balik kelantan...jgn ko nak kirim2 aku beli macam ok
p/s: sekian saja tahap coretan kegeraman aku petang nie...bak kata pakcik cayang aku....nyayi lagu geram...leh lah hilang geram...tak payah susah-susah naik taip bagai...leceh...ngan awk pun geram jugak....bile nak g tgk Adnan Sempit nie......awk nie asyik bizi jerkh

Ice

Rahsia Di Dalam Ais.. "Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia".. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.. WALLAHUALAM....

January 21, 2010

Sebagai Teladan

Kengkawan baca sampai habis tau......tabah nyer org nie......betul gak kata orang "pompuan yg dah kawin ni nasib dia bak untung sabut timbul, untung batu tenggelam..."

Kisah Dari Mahkamah Syariah: Jantan terlampau

Bekas pesakit barah payu dara kongsi pengalaman pahit 'dihina' bekas suami
MINGGU ini, ruangan ini memberi peluang kepada seorang pembaca yang menulis mengenai kisah hidupnya.
Sedih sekali membaca kisah Khadijah (bukan nama sebenar) yang mendapat layanan buruk daripada suami yang sepatutnya melindunginya. Ikuti tulisan beliau.
"Saya tertarik hati membaca tulisan Siti Nur Almizan bertarikh 8 Oktober lalu di halaman Ratu, Berita Harian bertajuk 'Sokongan Suami Penawar Duka' kerana saya juga pesakit barah payu dara, tetapi nasib saya kurang baik sebab 'suami menambah duka'.

Saya disahkan menghidap barah payu dara pada Oktober 1998 ketika berumur 44 tahun. Saya mempunyai empat orang anak yang sedang bersekolah ketika itu. Saya membuat pemeriksaan awal sendiri di hospital sehinggalah pengesahan daripada doktor mengenai penyakit itu tanpa suami.
Mungkin nasib saya agak baik kerana bertugas sebagai pendidik, jadi tidaklah terlalu memikirkan masalah kewangan. (Suami saya juga seorang pendidik). Saya akur dengan nasihat doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang sebelah kanan payu dara dengan segera dan saya perlu memberi tahu suami mengenainya.
Ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan masa depan saya dalam keadaan yang cacat 'mahkotanya'. Perasaan berbelah bagi sama ada hendak bedah atau mencari pilihan lain atau merahsiakan saja daripada suami dan keluarga. Namun apabila membayangkan wajah anak-anak yang memerlukan, saya berjanji kepada diri sendiri 'Aku mesti sihat demi masa depan anak-anak' dan saya menerima musibah ini sebagai ujian Allah selepas diberi kaunseling oleh seorang jururawat.

Dalam keadaan yang sangat sedih saya memberitahu suami mengenai perkara itu dengan harapan saya akan mendapat semangat atau sokongan manja daripadanya, tetapi jawapan yang diterima ialah "Kalau doktor kata bedah .... bedahlah.... kalau sampai masa untuk mati... matilah nak buat macam mana?.."
Di manakah tempat untuk saya meletakkan kesedihan ketika itu? Saya tidak mahu menunjukkan kesedihan di depan anak-anak kerana saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu jika saya tidak bersemangat. Begitu pun, suami setuju untuk saya dibedah dan dia berjanji menerima keadaan diri saya seadanya selepas pembedahan.
Pada awal November 1998 saya menjalani pembedahan mastektomi, tetapi sebelum itu doktor menasihatkan suami untuk bercuti pada hari pembedahan, tetapi suami tidak bersetuju dan apabila saya meminta suami hadir awal ke hospital sebelum saya masuk ke bilik bedah, dia hanya berkata "tengoklah kalau sempat datang" (saya akan di bedah jam 8.30 pagi).
Kesedihan saya bertakuk lagi apabila saya sudah pun dipakaikan dengan baju bedah, suami masih lagi tidak muncul-muncul sehingga saya dibawa ke Bilik Bedah tanpa iringan suami yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya, juga untuk saya mencium tangannya sebelum dibedah, manalah tahu jika umur tidak panjang.

Saya berada di wad selama 10 hari, apabila pulang ke rumah, suami tidak sabar-sabar untuk menuntut layanan intim daripada saya tanpa bersimpati dengan apa yang saya tanggung selepas pembedahan, meleleh air mata ketika menunaikan kehendaknya, dan begitulah seterusnya. Memandangkan bekerja dengan kerajaan, saya diberi cuti bergaji sepanjang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.
Suatu hari saya diperkenalkan dengan payu dara gentian (silikon) oleh seorang jururawat hospital yang harganya lebih kurang RM300 dengan bayaran dua atau tiga kali. Saya menyuarakan kepada suami untuk membelinya, tetapi suami dengan selamba berkata: "Buat apa beli harganya mahal... sumbat sajalah dengan kain buruk!" Apakah perasaan saya ketika itu?
Memandangkan saya mempunyai wang gaji sendiri, saya beli silikon itu dan gunakan hingga hari ini dengan selesa walaupun sudah sedikit rosak (10 tahun guna) kini saya sedang mencari di mana boleh membeli yang baru. Saya pernah mengajak suami untuk pergi mencari yang baru, tetapi tidak dilayan.
Sepanjang mendapatkan rawatan, ada kalanya saya tidak boleh pergi ke hospital sendirian, saya perlukan pertolongan suami untuk memandu kereta contoh ketika membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ketika itu saya terpaksa bersabar dengan rungutan, muka yang masam, ada kala membisu dan pelbagai macam kerenah daripada suami.
Saya hampir hilang semangat untuk meneruskan rawatan susulan selepas pembedahan, tetapi atas nasihat doktor pakar yang merawat saya dan tidak jemu untuk memujuk supaya saya menghabiskan rawatan terutama kemoterapi dan radioterapi. Kadangkala saya rasa tertekan oleh sikap suami yang berasa jijik apabila tiap kali rawatan kemoterapi, saya akan mengalami muntah-muntah dan dia akan menjauhkan diri daripada saya.
Bila bertanyakan pendapat suami adakah saya perlu memberhentikan saja rawatan kerana sikapnya itu, dia menjawab: "Suka hatilah. Kalau Tuhan nak pendekkan umur, rawatan macam mana pun tetap mati juga."
Itulah kata-kata 'sokongan' yang saya terima daripada suami, yang penting baginya saya tidak menyusahkan dia untuk meminta pertolongan. Bagi memudahkan saya memandu, saya menukar kereta jenis automatik dan kembali bekerja apabila cuti sakit tamat.
Demi anak-anak saya bertekad, reda dan berdoa kepada Allah supaya saya diberi ketabahan dan kekuatan iman untuk menghadapi semua perkara yang menyedihkan. Saya membina semangat sendiri dengan sokongan sahabat baik yang bersimpati.
Saya menjaga kesihatan dengan membaca pelbagai artikel dan membeli ubat-ubatan (vitamin) yang boleh menguatkan imunisasi dengan kewangan sendiri. Suami tidak percaya jika saya sekali-sekala mengatakan penat atau kurang sihat sebaliknya dia akan menuduh saya sengaja berkata begitu sebagai alasan untuk tidak melayan kehendaknya. Bermakna saya mesti sihat sentiasa demi kebahagiaan suami dan keluarga.
Saya mulakan keredaan kepada Allah dengan membaca al-Quran dan surah Yassin sebagai 'Syifa' (penyembuh) dan bermohon supaya diberikan kesihatan baik sehingga anak-anak boleh berdikari. Saya luangkan masa untuk ke kelas mengaji dan berzanji, sedangkan suami pula terus membuat pelbagai kerenah yang kadang-kadang memberi tekanan emosi kepada saya walaupun saya tahu itu adalah tidak baik bagi pesakit barah.
Tetapi apa boleh buat sudah sikap suami begitu, justeru saya mencari ketenangan di sejadah dan daripada urusan kerja di sekolah. Memang Allah itu maha pengasih ketika saya masih lagi belum sembuh sepenuhnya, saya memohon untuk menunaikan Fardu Haji di Makkah. Alhamdullilah pada awal 2001 saya diterima untuk menunaikan ibadat haji dan saya pergi tanpa suami dengan hanya menumpang seorang bapa saudara yang berumur 75 tahun ketika itu.
Saya bersyukur sepanjang menunaikan ibadat di Makkah, saya sihat walaupun berjalan jauh ke masjid untuk tawaf, saie dan melontar jamrah. Doktor ada membekalkan ubat-ubatan, tetapi saya rasa sihat dengan air zam zam.
Itu cerita hampir 10 tahun lalu. Kesabaran yang Allah kurniakan kepada saya, dapat mengatasi segala kesedihan yang ditanggung. Dua orang anak saya sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri, seorang anak saya baru saja menamatkan pengajian dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan sudah pun bekerja, hanya seorang lagi anak masih lagi di IPT.
Namun suami tidak bersyukur dengan keadaan saya yang sentiasa berusaha untuk yang terbaik bagi menyihatkan diri tanpa menyusahkan dia baik dari segi masa mahupun kewangan. Saya bekerja dengan lebih bersemangat dan dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan dianugerahkan Guru Cemerlang pada 2008. Saya sentiasa positif dan ceria kepada semua perkara yang saya lakukan sehingga sukar untuk sesiapa percaya bahawa saya adalah pesakit barah payu dara.
Begitupun, saya tidak boleh lari daripada ujian Allah. Dugaan dan kesedihan datang lagi selepas 10 tahun saya membina semangat dan jati diri sendiri. Saya rasa apa yang saya lakukan tidak mempunyai nilai apa-apa dan semangat terbina akan luntur jua jika tiada sokongan yang kuat kerana dua hari sebelum saya menyambut ulang tahun ke-55 kelahiran saya, suami bertindak keluar rumah dan mendaftarkan perceraian di Mahkamah Syariah.
Saya dijatuhkan talak dengan alasan 'isteri enggan melayan suami' selepas 30 tahun hidup bersama dan suami lupa pada janjinya. Saya rasa terlalu aib dan hina sekali, saya tidak mahu membantah alasan yang diberi kerana mahu menjaga maruah suami di mahkamah sebaliknya menerima perceraian itu dengan reda dan ketentuan Ilahi dengan persoalan 'layanan yang bagaimanakah dikehendaki oleh suami dan apakah hina mempunyai sebelah payu dara?'
Perkara ini berlaku disebabkan pada awal sesi persekolahan 2009, sebagai guru yang agak sibuk sedikit dengan tugasan awal tahun, ada kalanya saya sangat letih (waktu balik jam 3.00 atau 4.00 petang, tetapi 10 minit sudah sampai ke rumah). Ketika itu suami sudah bersara wajib 56 tahun.
Selain itu, saya juga sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan anak. Saya tidak pernah ada pembantu rumah sejak mula berkahwin dan semua urusan anak serta rumah tangga saya uruskan sendiri. Suami akan membantu mengikut mood dan suatu malam saya menolak kehendak intim suami kerana terlalu letih.
Itulah pertama kali saya menolak dan keesokan harinya suami terus dingin berpanjangan, saya cuba membaiki keadaan, tetapi dia menambahkan emosi saya. Suami keluar dari rumah ketika saya bekerja. Suami balik ke kampungnya dan mungkin bercerita kepada saudara-mara di sana mengenai kekurangan diri dan layanan yang saya tidak tunaikan kepadanya.
Akhirnya dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya yang berbunyi.
"Jumpa di pejabat kadi," dan saya membalas "Untuk bincang apa?" Dia menjawab SMS "Aku bukan nak bincang, tapi nak ceraikan kau!"
Baru-baru ini, dengan bangga sekali bekas suami memberi tahu anak-anak yang dia akan berkahwin lagi dan menghantar SMS kepada saya yang berbunyi "Dia tak macam engkau", mungkinkah maksudnya wanita itu lebih baik dari saya yang sudah cacat mahkotanya? Kenapa ya...
Haruskah saya meneruskan semangat diri pada hujung-hujung usia begini? Perlukah saya menyambung kesedihan sebagai pesakit barah payu dara sehingga ke akhir hayat kerana terlalu mahal untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang dipanggil suami?
Pada ketika ini, saya berserah kepada Ilahi dan saya tidak peduli lagi apa akan berlaku pada diri saya selepas ini, andainya saya positif semula pada penyakit itu, saya reda ianya menjadi titik terakhir dalam kehidupan saya. Itulah semangat yang mula tertanam di hati saya."
Kepada Khadijah, langit tidak selalu mendung. Pada usia semakin senja, usah biarkan penghinaan bekas suami menjadi kudis di hati. Anggaplah tindakan dan kata-katanya bagai orang tua yang sudah nyanyuk. Pekakkan telinga, kerana hakikatnya Khadijah jauh lebih baik daripada bekas suami.
Sesungguhnya, tindakan Khadijah yang tetap sabar dengan segala tindakan atau kata-kata melampau suami, amat terpuji. Kehilangan payu dara bukan noktah kepada kehidupan. Ini ujian daripada Ilahi dan ingatlah, Khadijah 'dipilih' kerana kesabaran tinggi yang dimiliki.
Hanya insan sabar seperti Khadijah yang mampu mengharungi 10 tahun paling menyakitkan itu. Mungkin perceraian jalan terbaik supaya Khadijah tidak lagi disakiti. Malah inilah masanya untuk Khadijah melakukan apa saja untuk diri sendiri, sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika hidup bersama bekas suami.

p/s: mmg betul cakap org...Perkahwinan itu satu perjudian...untung nasib kita belum tentu lagi...terpaksa telan jua macam maner pahit sekalipun...minta dijauhkan dr suami mcm nie....mudahan insyallah

January 19, 2010

Weding Anas & Ili

6.01.2010- attend Anas & Ili wedding...ini pun majlis dirumah lelaki di Felda Palong 5, N9(jauh saya ikut awk g wedding kwn awk.....bila turn kawan saya jgn buat2 lupa pulak yer)...Anas nie best friend pakcik aku tu dr duk poly lagi...dah beberapa kali jugak kita org pernah jumpa....dan yg best nya Ili nie pun org Kelantan...huahuahua....sbb nyer diorg citer masa duk poly diaorg nie penggerak parti anti org kelantan...pastu dua2 dapat org kelantan...padan muka...
mesti lah aku ngan pakcik aku nie interfrem dulu
driver yang suka sgt nyanyi...sib baik dop hujan
untuk Anas & Ili..Selamat pengantin Baru Semoga Berbahagia & berkekalan keakhir hayat...doakan kami yer
p/s:gambar nie jer yg ada...itu pun dr hp akau...pakwe aku lah sengal...org suruh charge bateri entah aper dia buat langsung kamera tak leh guna

January 18, 2010

Abah eXcident

10.01.2010
Dalam jam 2.00petang, Mama call bagitau abah excident jatuh dr lori masa dia tgh kerja....ptg tu mama lom bg tau lagi apa yg cedera...aku yang terkejut nie terus g Melaka sentra ambil tiket nak balik Kelantan...nak balik gak tengok abah walaupun mama&abah berkeras tak bagi balik....
Call pakcik bulu(nama timangan baru my dear aku utk dia skrg) tak angkat2...sbb pagi tu dia ada tournament futsall...and mesti dia balik terbongkang tido kat umah....nak mintak pandangan dia pun tak dapat, at last buat keputusan utk balik jugak ptg tue.....
sampai pagi tu terus bersiap bawak bekal utk abah and terus ke Hospital USM Kubang Kerian utk jenguk abah...tension betul kat Hospital nie...masalah parking dia...3kali jugak aku tawaf Hospital nie utk parking...at last aku parking jer kat line kuning parking atas divider jer...walaupun masa tu aku baca dah tanda amaran zone kunci tayar...apa nak jadi-jadilah....abis nak tunggu sampai kul brapa...dah dekat sejam cari parking...tension betul
*cantik kan nombor tu 10.1.10
*Abah ngan tangan dah disimen dah
Hari tu tak lama jugaklah aku kat hospital teman abah, petang tu jugak abah boleh keluar... urusan discaj keluar pun susah jugak...aku terpaksa keluar jalan kaki luar hospital utk photostat kad pencen abah...kedai photostat kat hospital boleh tetiba tutup pulak utk hari tue....arhhh tension sgt...badan rasa penat lagi sbb dlm bus tak leh tido sangat...sesampai kat umah terus tido sbb penat sgt...tapi tak lah lena sgt sbb ramai pulak yg dtg jenguk abah....
Thanks saper yg datang jenguk abah...doakan dia cepat sembuh yer...ucapan utk abah...bawak-bawak duk rumah yer...dah pencen pun tak yah kerja lagi...duit pencen abah tak abis pun abah guna yer...time duk umah hunimun jer ngan mama tue....

Kurus???

Salah satu azam tahun 2009…macam-macam jugaklah wat utk kurus dr mkn produk yg fames kat tv tu…tapi tu semua hangat2 tahi ayam jer….yang dah jadi skrg lantak lah…nak gemuk pun tak kisah kut….sbb en dear pun tak kisah jugak…sbb kitaorg sama-sama berganding bahu+duit+tenaga untuk mendebabkan badan…huahuahuahua

Sekarang bila tak der niat nak kurus….senang pulak berat badan nie turun lak…dalam sebulan nie dalam 3kg jugak lah dah turun…entahler nie agaknya penangan audit ujung tahun kut….terlalu sibuk kut….tapi ini mungkin supplement vegetable fiber yang aku ambik nie….alhamdulilah lah….supplement nie sebenarnya untuk aku yang kurang sangat ambik sayur dlm makanan aku seharian…almaklumlah duk bujang nie memaksa aku makan yang ringkas jer plus dengan fast food….risau pun ada gak….sampaikan sekarang period pain pun dah teruk sangat…itu pun salah satu factor mkn fast food yang melampau….mahu tak melampau nyer almost dlm seminggu mesti makan MCD nie…tambah lagi ngan promosi 595 nie….Aku kena wat sesuatu…kena tukar semua tabiat pemakanan aku mulai sekarang….ini semua untuk perancangan masa depan….untuk membina keluarga tahun depan…kihkihkih(gatalnya ayat)…jadi aku dah mulakan dengan pengambilan sayur dlm seharian, minum susu walaupun mulanya tak dapat nak telan susu low fat nie….lagi-lagi yang plain tapi skrg dah ok lah…itu pun susu HL Marigol jer lah…yang lain…tekak tak dapat nak terima lagi…walaupun dah try jugak….tapi rasa-rasanya macam nak try minum susu tepung pulak sebab ongkos minum susu segar nie pun tinggi jugak kalau dah dua kotak dalam seminggu…tapi rasa ok lah….mampu bertahan lagi tapi ada jugak yang dah mematahkan semangat aku nie…katanya minum susu boleh mengemukkan walaupun minum susu low fat pun…yer ker??? Sekarang pun untuk period pain aku ada ambik supplement E.P.O evening prime rose oil…mmg baik untuk wanita nie…tak der lah tertonggeng tunggeng bila sengugut datang menyerang….

Sekarang aku berdoa moga-moga berat badan terus turun tanpa aku sedar...untuk aku pakai baju kahwin dengan glamournyerrrrr...huahuahuahua...insyaaalah

January 6, 2010

Happie 10month...

Sebab 01/01/2010 ari tu bizi and tgh cuti pastu geram jer skrg ngan hotspot kat umah tu lambat giler...wat abis expired aku nyer pasword jer... tapi nak gak wat entry nie walaupun terlambat... tapi entry nie terjiwang sikit...haaahhaaaah..mmg selalu ko jiwang ler iffa...hikhikhik
Satu malam....satu soalan utk my dear dr aku: "awak siapa saya (dalam 3 lagu) dalam hidup awk"
....almaklumlah susah jugak nak suruh dia berjiwang...kalau dalam lagu bapak jiwang giler...... ini jawapan dia
--------------------------------------------------------------------------------
1. Cinta Seorang Teman-Bob
Dulu engkau kenali
Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah

Di persimpang usia Antara kita tak mampu lagi Berselindung dengan alasan

Telah ku cantumkan Semua impian bersama Dalam jalinan yang kita bina berdua

Namun apakah erti bila Keinginan terlanjur Lalu menganggu kala dirimu Selalu ada disisi

Duhai teman Bisakah kau fahami sandiwara ini Sejak bila berputiknya cinta kita Menjadi rahsia yang tersimpan Mewujudkan kenyataan Ku tak sanggup kehilanganmu

Telah ku cantumkan Semua impian bersama Dari mata yg penuh pengertian

Namun apakah erti bila Keinginan telah terlanjur Lalu menganggu sanubariku

Ku cuba bayangkan waktu dulu Gurau senda serta pujukan mu Puisi indah menyatakan kata rinduku Masa yang lalu meragui Seluruh harapan muncul kini Mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita

Duhai teman Bisakah kau fahami sandiwara ini Sejak bila berputiknya cinta kita Menjadi rahsia yang tersimpan Mewujudkan kenyataan Ku tak sanggup kehilanganmu

------------------------------------------------------------------------

2. Sepenuh Hati by Spoon....mmg jiwang giler lagu nie

Bagaimana harusku luahkan Perasaanku padamu Yang selama ini ku pendamkan Dalam diam ku Sukarnya ku berterus-terang Tentang perasaan ini Bimbang seandainya tak kau terima Musnahlah harapanku ini Bagaimana harus aku menghadapi Semua itu Sedangkan ku menyintaimu sepenuh hati Tak mudah untukku melupakan dirimu Kau bagiku Segala-galanya Pada yang Maha Kuasa Ku panjatkan doa Moga dibukakan pintu hatimu Kan ku buktikan kejujuran cintaku Jangan biarkan keraguan Menghantui jiwamu Dalam ku menanti semua kepastian Dari bibirmu oh kasih Kasih dan sayang Cinta dan rindu Tersemat di jiwaku Usah biarkan ku kecewa Membalut luka Agar kau mengerti Yang selama ini Aku menyintaimu

--------------------------------

3. Dealova-Onche

Aku ingin menjadi mimpi indah Dalam tidurmu Aku ingin menjadi sesuatu Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh Tanpa dirimu Oh… Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu Yang slalu bisa kau sentuh Aku ingin kau tahu bahwa aku Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu Merantai hati Oh… Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang Memanggil rinduku padamu Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Oh…

Hanya dirimu Yang bisa membuatku tenang Tanpa dirimu Aku merasa hilang… dan sepi Dan sepi…

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang Memanggil rinduku padamu Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang Memanggil rinduku padamu Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada… Kau selalu ada… Selalu ada… Kau selalu ada…

--------------------------------------------------------------------------------

haah...my dear nie kalau berjiwang dlm lagu boleh lah...dia bukan setakat cakap jer tapi siap nyayi dan dlm dia tak sedar aku dah rakam...ingat nak upload kat sini tapi nanti kena bayar royalti pulak...manor den nak cekau...kalu terkantoi ngan dia nahas jugak...mesti membebel tak ingat dunia...apa2 pun...

"saya seperti awk gak...sayang bangat kat awk....thanks being a part of my live...hope till end forever yer "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...