Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

October 10, 2010

K.U.S.U.T

entah lah...tak tahu nak pikir aper tah utk wedding nie...susah sangat lah....KUSUT sangat
.
.
.
.
bye
.
.
.
me,

October 7, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

http://www.facebook.com/murahjual2

me,

October 1, 2010

URBAN VIBE ONLINE CONTEST

hehehehe...sesuai ngan tuan tanah nak kahwin nie....mari kita join contest
.
.
.
Teeeerujanya
satu lagi pameran buat bakal-bakal pengantin akan diadakan pada 8 - 10 Oktober 2010 (Sabtu & Ahad )anjuran Urban Vibe Eventbertempat di Kuala Lumpur Convention Center
.
.
.
Memandangkan tuan tanah nie bakal menginjak kealam perkhawinan dah satu aper pun belum di settle, mari lah bersama-sama saya melepaskan stress dan menjamu mata dan semestinya mengurangkan lagi kos-kos yang bakal ditanggung dengan adanya pameran ini.
Mana tahu...kita akan diberikan diskaun yang terbaikkkk punya dr pihak penganjuran ini
semestinya pameran ini memudahkan lagi bakal-bakal pengantin dr segi melibatkan kos pengangkutan dimaner one stop centre adanya disini dr.butik pengantin, pakej photografi, kad kahwin yg boleh membuatkan anda selalu nak tukar tema(terjadi kat tuan blog nie..hehehehe), pakej hantaran, kek, ketering, dan macam-macam lagi...silap-silap mesti banyak jugak org lelong-lelong barang kan....hehehehe, bagi yang diluar dari Kuala Lumpur spt saya jgn risau okies...pameran nie penyertaan nya dari seluruh Malaysia
.
.
.
ok, ingat yer... Pameran Pengantin kali ini dianjurkan oleh Urban Vibe Event, pada 8 - 10 October 2010, di Hall 4, KL Convention Centre, Datang, jangan tak datang yer...
.
.
.
Ni logo rasmi penganjur, iaitu logo Urban Vibe Event dan logo rasmi pameran pengantin:
.
.
.
untuk contest nie ini gambar candid tercomel kami yang mmg sediada comelnya
hehehehe...malu-malu kucing depan semua org...
sampai tergaru-garu kepala yang tak gatal
.
.
.
.
saper yang nak join contest nie...klik sini yer
.
.
.
good luck utk org lain....dan good luck utk diri sendiri gak....maner tahu rezeki kannnnn
me.

September 30, 2010

tak de tajuk~

hehehehe....salam kebizian dr tuan tanahniee....poyo jerkh ayat
.
.
.
S.T.R.E.S.S
.
.
.
banyak benda kena pikir skrg sbb tulah blog pun tak ter bela....nak kahwin nie lagi lah banyak pikir...tu lah saper suruh wat kerja last minutes... lagi 4bulan nak kahwin...kami lom wat aper pun lagi...baru nak pikir-pikir...lagi haru...kami lom booking mak andam...patutnya booking makandam kena buat atleast 6bulan sebelom kahwin...insyaallah...moga dipermudahkan segalanya...walaupun kitaorg mmg terlewat nie...saya pun dah skip dah diet...alhamdulilah dlm bulan pose berat badan pun turun byk jugak dlm 4kg....
berbalik pasal cerita persiapan kahwin... sekarang nie pun theme utk kedua-dua majlis kahwin pun lom diputuskan...theme yg dirancang adalah merah pihak perempaun dan baby blue dipihak lelaki...tapi entah ler...aper pun belum diputuskan lagi....saya berharapppp saya mampu adakan itu semua nanti...
en.bear saya, saya sangat risau, kalau semua perkara saya perlu tunggu awk...semuanya tak akan siap kut...bulan depan dah kena settle borang kahwin tapi awk???? ada wat persediaan tu semua, bila saya tanya awk....semua nya ...NANTI...kan...awk...kita pun belom boooking kad kahwinnnn
saya wat keputusan go thru the flow awk....end that time...kalau ada aper2 yg berbangkit kelak...saya senyap mendiamkan diri jerrr...malas dah
.
.
.
themes sebelah pompuan
red+white+ginger
me,

September 27, 2010

M.A.L.A.S

sungguh malas nak updated blog!
kita org g raya~ tak tahu aper motif nie...tgh sibuk wat persedian kahwin...nanti citer later2 lah
me,

September 7, 2010

~Salam Aidilfitri

sangat malas nak updated blog....iftar sana sini...aci tak kalau wat entry lepas raya
aper pun Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin

August 25, 2010

~Dulu musuh ketat...sekarang....teeeeettttt*

tgh duk ngemas kini pc yang bertaburan folder....
tertengok gmbr nie....
gmbr masa tahun pertama di Ranhill
Bowling pertama anjuran Office
tengok gmbr saya sedang menahan tudung...sebenarnya tudung tu ditarik oleh en.bear gebus tu pastu dia wat2 tak tahu jerrr...tgk kak hajar (bertudung oren)sedang marahkan en.bear gebus ku.....lagipulak mamat perasan sebelah saya nie...mmg pantang jumpa saya...asyik nak berkepit jerrrr...
kan dah cakap....still smpai skrg mcm nie...puas nak elak...kalau dulu ok lah...just anggap dia mcm adik jer...muda lagi dak amy nie...muka jer mcm orang tua...maner en.bear saya tak jeles...sgt jeles okies ngan bdk nie...lagi pun dak amy nie salam en.bear saya siap cium tangan...hangin tul kawan tuuu
masa nie pun tgh bercakaran sebenarnya...dia mmg wat tak tahu jerr...kalau banyak2 mulut ckp ngan dia.....hehehehehe....gerrrraaaam
ok lah, kalau ada lagi nti leh upload balik
bye,

August 24, 2010

~Bila Kami Tua

kihkihkihkihkihkih....kelakor kan...sekali tgk ada mcm rupa org arab or bangla jer
nampak gaya nya...saya nampak lagi tua dr en.bear gebus lorrrrr....pipi tetap maintain
p/s:- awk, org harap jodoh kita berkekalan till end...
hingga akhir hayat kita...
tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan berumah tangga kelak...
bersama-sama membina sebuah keluarga yang diberkati..diredhai Allah swt
sorrie...mood terjiwang dipetang hari
apa-apa pun...org cayunnnkkk awk yer em.bear gebus...awak lah pojaan hati
me,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...