Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

October 28, 2011

28week of pregnancy~.

 enjoy the moments

abaikan selipar jepun jer....see my kaki yg dah membengkak tuh














me,

September 30, 2011

Jalan-jalan Cari Makan

uiksss...semenjak mengandung nih susah benor nak berjalan...tak suka nak berjalan...acara nih, kebetulan ke rumah makcik kat seri kembangan, dengan rasmi memanjangkan langkah ke Ikea...sebenarnya nak beli kain kat ikea yg comel tuh jer...hehehehehe sempat lah berjalan-jalan tgk-tgk show room sekali...

tapi papa bear mcm dah meradang sikit...yerlah kitaorg naik satu kereta jer ngan my cousin....dia nak balik melaka cepat n nak tgk bola...my cousin lak leh melengah-lengah lagi...last kul 10.30mlm kami sampai Seri Kembangan,n terus pecut balik Melaka...pukul 11.45mlm kami sampai umah... pukul 12.00mlm papa bear kuar lagi tgk bola kat maple.....iskh...kalau dah minat, nak seribu daya kan....

tapi tak per...saya enjoy walaupun sekejap jer...dapat jugak rembat kain idaman hati dan belikan selimut baby kat ikea...sweet sangat...hehehehe tak sabar rasanya nak menjahit nih...hehehehe


sempat lah mak yung nih tangkap gmbr jap...papa bear tak join sebab bengang, nak balik cepat

with my cousin masih dlm mood pengantin baru.....sempat beli lampu tido tuh

nih lak...my first thing yg saya beli utk my baby...hehehehe...teruja giler rasanya... papa bear dah sound....asyik nak pink jer, kalau kuar boy cam maner..pakaikan lah jugak...hehehehe  sorry yer papa...

tension lah, gmbr semua jadi kelabu asap ngan hp baru nih, masih lagi pakai sony tapi tak cybershoot...itu yg mcm tak sharp nih...nak kuarkan kamera malas...padahal angkut jer kehulu hilir jer dlm handbag tuh


ok lah...till then
mama to KNA


me,

September 29, 2011

at 25weeks!

sedar tak sedar dah menginjak ke 25weeks...dah 6 bulan 7hari...hehehehe, badan jgn cakaplah...kembanglah jugak walaupun tak ketara sangat huahuahuahua...perasaan lebih jer..... pewot pun cumel jer lagi...cuma pakai blouse jer...baju kembang mengandung pun pakai kekadang jer....tapi bab seluar tak soh cakaplah... masa mengandung 2month dah start pakai seluar maternity...kembang kat punggong agaknya...So at 25week i have gained a few kilos..sudah gumuks... 


See the tummy belly...xder lah besar sangat kan...kita nanti kan tak lama lagi i will grow big...hehehehe
Syukur alhamdulilah ..saya di kurniakan nikmat untuk merasa kicking and the boxing walaupun kekadang tuh mcm kompius jer...feel dia like mcm ada rama-rama jer lah tummy belly nih, Nikmatnya Allah sahaja yang maha mengetahui. now, I know the baby gender......hihihi..excited..
Insyaalah its gonna be ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
it's pink
tak sabar mama nak belikan gaun utk awak yer
and nama pun kami dah prepare awal-awal lagi...
Semoga si kecil ni akan baik2 sahaja, 
sempurna kejadian and cantik budi pekerti nya.
Aminnnn





me,

September 23, 2011

i'm expecting!!!!!

Teruja sangat lak nak tahu baby dalam peewut mama nih.... nanti hari nie papa dah janji nak tgk baby nih...hehehehe x sabar jer rasa...kita tunggu jawapannya yer.... baby boys or girls yer....tapi mcm was-was lak...kan kuar-kuar salah lak....hehehehehe

mood: bunga-bunga...time taip entry nih...org dlm pewut nih xreti duk diam..aper tah dibuatnya...geli tau peewut mama nih


or 


aper pun mama redha jer...xkesah pun...yang penting baby selamat yer.... mama sayang kamu


me,

September 22, 2011

24weeks=6month

Alhamdulilah, dah cukup 6month dah...rasanya sekejap jer masa berlalu...insyallah..semoga dipermudahkan segalanya dan selamat melahirkan nya...


Mood utk shopping lom ada lagi...just beli beberapa item jer... kebetulan ada mami &baby expo kat Melaka, grab nursing pillow kat Sarakids... leh lah dpat less banyak sikit and breast pump. yg lain..ingat nak shopping bila mama dan tahu gander baby yer


Tapi ada kerisauan gak...maner lah tahu, bila scan girl..keluar jer boysss sian lak nanti boy pakai baju kaler pink n ropol nanti...nak selamat kena lah beli selamat punya kaler lah...hehehehehe


gumuk giler kan...lepas raya nih...mencanak badan naik...kembang hidung...ramai yg neneka saya preggy baby boys sbb hidung kembang...nanti kita tengok saper yg betul...hehehehe




ok lah...nti ada mood updated lagi....nih share dr members kat SCFM


KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.


Semoga semua ganjaran itu milik kita....Insyallah


me,

September 12, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Alhamdulilah....raya jugak akhirnya....hehehehe, walaupun xder pun entry khas untuk raya...malas tahap dewa lah rasanya nak updated blog...lagi pulok nak bercuti lama, kerja bertimbun-timbun....penat giler rasanya time bulan posa hari tuh...syukur gak...dalam 5 hari jer tinggal puasa...

Berbalik cerita raya, for the first time raya hari nih raya as wifey and turn beraya belah somi tahun nih...redha dan pasrah jer...sedih giler rasanya, evertime nak bincang balik raya pun dah meleleh air mata jer...leh bawak bergaduh jer every time nak bawak bincang bukanya apa...en.bear saya suka sangat menyakat dan menyakiti hati jer....

oklah layang jer gmbr raya....buat dosa banyak sangat kat en.somi nih...menangis gaklah time nak mintak maaf

nh lom mintak maaf lagi...dah menangis teresak dah...ratu air mata tul lah


hehehehe...dapat duit gaya!



1st raya sebagai seorg isteri...and mummy to be

peeweeut saper paling besar!





me,

August 11, 2011

My Little's cumel updated- 18week

Penyakit malas sedang melanda...dan skip beberapa minggu nyer progress week....alhamdulilah bulih puasa cuma dah terskip 2 hari...sebabnya penyakit 3 serangkai melanda~ demam+batuk+selesema...nti rajin tulis lagi yer...sekarang nih serba serbi malas...buleh efek kat baby ker? anak mama...jgn malas okies...minggu depan mama ada chekup...maybee scan sekali...leh lah mama tahu kamu nih boy's or girlsssss


Panjang bayi anda sekarang sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 7 auns / 190 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion. 

Skan ultrasound semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat. Semasa skan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkokluruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda mendapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya. 



Jika bayi anda perempuan, vagina, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika ia lelaki, genitalnya adalah jelas dan boleh dicamkan. Jika kandungan anda lebih dari satu bayi, rujuklah bahagian tentang kembar dua atau lebih. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 







me,

July 15, 2011

Persedian berpusa utk mak yung's

Sedar tak sedar...my ticker preggy  pun dah masuk 14weeks...alhamdulilah, dah masuk trismeter ke2...tapi dalam hati sebenarnya gihsau sebabnya...dlm 2 weeks dah nak pose...boleh ker puasa nih...loya n muntah still ada lagi..lagi-lagi kalau naik kete jem dipagi hari time nak g kerja...ikut kira tension dibuatnya... dah try goggle apa yg patut...insyallah...semoga dipermudahkan segalanya...moga-maga dapat puasa penuh tahun nih! baby mama jgn meragam yer...duk dlm diam-diam...jgn nak mintak air sirap dipagi hari ok...mama saya awk~

------------------------------------------------------------------


Bagaimana saya boleh berpuasa dengan lebih selesa? 
Jika anda berpuasa, sudah pasti anda tidak akan boleh makan dengan kerap, namun begitu, antara berbuka puasa sehingga waktu sahur, anda boleh makan lebih daripada dua kali.

Mengambil hidangan yang bernutrisi dan seimbang akan membantu mengekalkan berat badan anda dan mengelakkan sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, keletihan dan pedih ulu hati – simptom yang biasa berlaku semasa waktu kehamilan. 



Adakah terdapat cara yang ideal untuk wanita hamil berbuka puasa? 
Tiada pelan makanan ideal yang perlu anda ikut dengan ketat, tetapi cubalah tip-tip berikut mengenai cara terbaik untuk berbuka puasa.

• Buka puasa dengan tiga biji kurma dan jus, susu atau yogurt rendah lemak, diikuti dengan sup, seelok-eloknya sup yang jernih.
• Buah kurma dan jus merupakan makanan yang baik untuk menaikkan tahap gula dalam darah kepada normal.

Kemudian, ambil hidangan seimbang yang terdiri daripada:

• Satu pinggan salad atau ulam sebagai pemula.
• Protin daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang kuda atau kacang buncis.
• Karbohidrat kompleks daripada beras perang dan roti gandum penuh.
• Sejumlah besar sayur-sayuran.

Jangan lupa untuk elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah kenaikan berat badan atau mengambil nutrisi yang tidak baik atau menggalakkanketakcernaan. 

Adakah saya perlu makan sahur yang berat? 
Hidangan sahur merupakan hidangan yang paling penting untuk diambil semasa bulan Ramadan untuk mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari. Jangan tinggalkan hidangan ini kerana ia akan memberikan anda nutrien dan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari. Ia juga akan mengurangkan simptom akibat kelaparan, seperti sakit kepala dan mengantuk.

Hidangan sahur yang sihat bagi anda perlu terdiri daripada:

• Beras perang dan roti gandum penuh dengan buah kurma dan kuah kari.
• Bran atau bijiran serat tinggi dengan susu skim rendah lemak.
• Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.

Elakkan pengambilan teh terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan kandungan air (nyahhidrat) dalam badan anda. 

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas buka puasa; bagaimana mahu menggantikkannya? 
Minumlah jus buah, bukan minuman bergas atau kopi dan teh. Minuman smoothiebuah yang mengandungi susu, yogurt dan ais adalah minuman yang menyegarkan dan memberikan anda keperluan buah-buahan yang banyak dalam nutrisi harian anda. Sup sayur mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran yang akan menambah vitamin, mineral dan serat dalam diet anda. 

Apa yang perlu saya tambah dan kurangkan dalam diet saya semasa bulan Ramadan? 
Pada bulan Ramadan, tahap aktiviti anda akan berkurangan dan semasa kehamilan, anda akan menjadi lebih letih. Untuk berpuasa secara sihat, ingatlah tip-tip di atas semasa makan, dan:

• Selepas makan malam, rehat seketika, kemudian bangun dan berjalan. Lakukan aktiviti yang ringan.
• Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur tetapi pastikan anda mengambil hidangan sahur.
• Minum banyak air selepas buka puasa dan sebelum sahur untuk mengelakkan penyahhidratan. 


me,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...