Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

July 15, 2011

Persedian berpusa utk mak yung's

Sedar tak sedar...my ticker preggy  pun dah masuk 14weeks...alhamdulilah, dah masuk trismeter ke2...tapi dalam hati sebenarnya gihsau sebabnya...dlm 2 weeks dah nak pose...boleh ker puasa nih...loya n muntah still ada lagi..lagi-lagi kalau naik kete jem dipagi hari time nak g kerja...ikut kira tension dibuatnya... dah try goggle apa yg patut...insyallah...semoga dipermudahkan segalanya...moga-maga dapat puasa penuh tahun nih! baby mama jgn meragam yer...duk dlm diam-diam...jgn nak mintak air sirap dipagi hari ok...mama saya awk~

------------------------------------------------------------------


Bagaimana saya boleh berpuasa dengan lebih selesa? 
Jika anda berpuasa, sudah pasti anda tidak akan boleh makan dengan kerap, namun begitu, antara berbuka puasa sehingga waktu sahur, anda boleh makan lebih daripada dua kali.

Mengambil hidangan yang bernutrisi dan seimbang akan membantu mengekalkan berat badan anda dan mengelakkan sembelitsakit kepalaketakcernaan, keletihan dan pedih ulu hati – simptom yang biasa berlaku semasa waktu kehamilan. 



Adakah terdapat cara yang ideal untuk wanita hamil berbuka puasa? 
Tiada pelan makanan ideal yang perlu anda ikut dengan ketat, tetapi cubalah tip-tip berikut mengenai cara terbaik untuk berbuka puasa.

• Buka puasa dengan tiga biji kurma dan jus, susu atau yogurt rendah lemak, diikuti dengan sup, seelok-eloknya sup yang jernih.
• Buah kurma dan jus merupakan makanan yang baik untuk menaikkan tahap gula dalam darah kepada normal.

Kemudian, ambil hidangan seimbang yang terdiri daripada:

• Satu pinggan salad atau ulam sebagai pemula.
• Protin daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang kuda atau kacang buncis.
• Karbohidrat kompleks daripada beras perang dan roti gandum penuh.
• Sejumlah besar sayur-sayuran.

Jangan lupa untuk elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah kenaikan berat badan atau mengambil nutrisi yang tidak baik atau menggalakkanketakcernaan. 

Adakah saya perlu makan sahur yang berat? 
Hidangan sahur merupakan hidangan yang paling penting untuk diambil semasa bulan Ramadan untuk mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari. Jangan tinggalkan hidangan ini kerana ia akan memberikan anda nutrien dan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari. Ia juga akan mengurangkan simptom akibat kelaparan, seperti sakit kepala dan mengantuk.

Hidangan sahur yang sihat bagi anda perlu terdiri daripada:

• Beras perang dan roti gandum penuh dengan buah kurma dan kuah kari.
• Bran atau bijiran serat tinggi dengan susu skim rendah lemak.
• Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.

Elakkan pengambilan teh terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan kandungan air (nyahhidrat) dalam badan anda. 

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas buka puasa; bagaimana mahu menggantikkannya? 
Minumlah jus buah, bukan minuman bergas atau kopi dan teh. Minuman smoothiebuah yang mengandungi susu, yogurt dan ais adalah minuman yang menyegarkan dan memberikan anda keperluan buah-buahan yang banyak dalam nutrisi harian anda. Sup sayur mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran yang akan menambah vitamin, mineral dan serat dalam diet anda. 

Apa yang perlu saya tambah dan kurangkan dalam diet saya semasa bulan Ramadan? 
Pada bulan Ramadan, tahap aktiviti anda akan berkurangan dan semasa kehamilan, anda akan menjadi lebih letih. Untuk berpuasa secara sihat, ingatlah tip-tip di atas semasa makan, dan:

• Selepas makan malam, rehat seketika, kemudian bangun dan berjalan. Lakukan aktiviti yang ringan.
• Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur tetapi pastikan anda mengambil hidangan sahur.
• Minum banyak air selepas buka puasa dan sebelum sahur untuk mengelakkan penyahhidratan. 


me,

1 comment:

alyyani said...

masa sy pregnant, setiap kali sahur saya minum secawan horlicks. kalau tak lalu makan nasi pun sy akan maintain sampai berbuka. semoga dipermudahkan urusan berpuasa utk awak ye :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...