Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

July 14, 2011

My Little's cumel updated- 14week

Alhamdulilah..saya dah menganjak ke trimester ke 2..patutlah malam tadi mabuk teruk...rupanya baby mama nih nak bergalih minggu yer...mama pun dah bertambah selera nak makan... minggu depan ada chekup kat Klinik Kesihatan utk updated progress awk yer...cumanya sekarang, mama selalu rasa perut nih cramp jer...mcm keras jer...nak tido pun pun tak selesa... papa janji esok kita g tengok kamu dlm tummy mama yer...jumpa doc Rahimah, mama nak kompen another one kantung lagi..esok kita jumpa yer baby

Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3 setengah inci / 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns / 43 gram. Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran. 

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda semasa kehamilan. 



Jika anda belum lagi membuat janji temu untuk pemeriksaan serum maternal (juga dikenali sebagai ujian tiga serangkai), eloklah dilakukan sekarang. Ujian ini menyediakan informasi lanjut tentang bayi anda, dan menapis bagi sindrom Down dan kecacatan lain. Juga, doktor anda mungkin mengesyorkan amniosentesis antara minggu ke-15 hingga ke-18 bagi wanita berumur lebih dari 35 tahun dan mereka yang mempunyai sejarah kecacatan kelahiran. Jika umur anda lebih dari 35, lihatlah artikel kami mengenai bagaimana umur mempengaruhi kehamilan. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 





me,

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...