Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

July 8, 2011

ADAB suami ketika isteri hamil

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri dan jangan sesekali bersikap kejam terhadap isteri.
3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin"
6. Suami hedaklah kerap mengerjakan solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

source: http://www.facebook.com/blogibuhamil


me,

June 27, 2011

Alhamdulilah

Alhamdulilah...
kesihatan pun dah bertambah baik...sekarang dah 11minggu dan hampir nak abiskan trimester pertama... mabuk yang sangat teruk kut...yang yg paling tak sanggup..saya alah dengan hampir semua product susu.. sekarang nih just ambil pil calcium untuk my baby..sorie yer baby..mama tak leh nak minum susu..for sure susu tuh akan kuar balik dr mulut mama mcm maner dia masuk nya...terasa panass suam lagi! eeeee  yerk 

Updated pasal baby lak... finally after 3 times g Pakar O&G Hospital Melaka, confirm babys only one..satu kantung jer yang membesar dengan sihat..satu lagi, xder tumbesaran...doc bgtau maybee semasa persenyawaan second kantung tuh mmg tak menjadi... jadi tak der aper yang nak dirisaukan...cuma take care jer and beware...takut-takut second kantung tuh leh gugur dan akan ada effect to baby yg normal.
Masa checkup kat O&G kat GH nih...tercari-cari jugak Doc Faryn, nak jugak tengok dia face to face, selalu jer duk follow blog dia... patutlah dia jarang updated blog...bizi giler n org pun ramai giler kat section nih...bayangkan lah..appointment pukul 9.00am..boleh masuk jumpa doc pada pukul 11.30am..itu belum lagi prosedur nak scan lagi...huhuhu..penat giler...emo jap duk menunggu... thanks jugak to en.somi ku tercinta sebab sanggup menunggu setiap kali saya ada appointment...lain kali tak yang tunggu pun tak per..janji hantar jer...tak sanggup nak dengar awk membebel...hehehehe

Nanti ada masa updated lagi...esok ada chekup lagi...tak sabar mama nak tengok baby dlm perut entah aper dibuatnya


me,

May 30, 2011

Double Happines


first scan my little'...rasa mcm tak percaya atas aper yang dilihat...kurnian Allah SWT yang tak terhingga.... speechless...tapi dia tetap merungsingkan fikiran nih... nie bukan entry nak menunjuk..tapi doctor pun pesan jgn mengharap or excited sangat...banyak benda boleh jadi... baby ke dua yang tanda E tuh tak membesar dengan sepatutnya... kena refer pakar utk detail lebih lanjut... doakan kedua-dua nya tetap sihat, sempurna dan selamat dilahirkan
kawan-kawan..doakan saya yer!



saya dalam kerisauan

Semoga diperdudahkan segalanya

hmmmm...keluhan yang panjang
.
.
.
ada sesuatu yang besarang difikiran
.
.
.
Semoga dipermudahkan segalanya
.
.
.
semoga diberi kesihatan yang baik
.
.
.
thanks my sweet hubby
.
.
.
i love u verystrong!
.
.
.
me,

May 26, 2011

Perkembangan Fetus - 7week



Sekarang panjang embrio dalam setengah inci / 1.25 sentimeter, saiz sebiji anggur, dan ia mempunyai jari tangan dan jari kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang berlompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini. 


Minggu kelapan menandakan permulaan tahap perkembangan yang amat giat. Antara minggu ini dan minggu ke-20 bayi anda membesar dengan pantas, dan bahagian tubuh badan yang terbentuk semasa minggu-minggu pertama kehidupannya (seperti jantung dan otak) mula berkembang dan menjadi lebih khusus dan rumit. Pada masa ini, gigi dan lelangit sedang membentuk, manakala telinga terus berkembang. Kulit fetus amat nipis, dan saluran darah jelas ternampak. 



Anda sekarang berada dalam keadaan geliang-geliut trimester pertama, di mana ramai wanita berungut tentang ketidakselesaan dan sakit-sakit. Anda mungkin tak dapat menahan muntah, sebab anda sedang menghidapi mabuk hamil, sebahagian daripada akibat hormon-hormon kehamilan dalam badan anda. Anda mungkin terasa hendak kencing lebih kerap dari biasa - uterus anda yang berkembang menekan pundi kencing anda, dan hormon juga menjejaskan imbangan cecair dalam badan anda. Semua ini akan berkurangan apabila kehamilan anda berlanjutan. 



Senaman adalah baik bagi anda. Rujuklah bahagian kecergasan untuk mengetahui apakah bentuk senaman yang selamat ketika hamil. 



• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 




May 25, 2011

Perkembangan Fetus - 6week


Saiz embrio sebesar kacang dhal di minggu ini. Sekiranya anda boleh melihat ke dalam tubuh anda, anda akan mendapati bahawa kepala fetus lebih besar daripada badannya. Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat pembukaan-pembukaan di tempat lubang hidung, dan lubang-lubang yang menandakan telinga.


Kudup-kudup membonjol menjadi lebih kelihatan sekarang dan ini akan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung. Perkembangan lain termasuk pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot. Anda belum dapat mendengarnya, tetapi jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut per minit - dua kali ganda kadar denyutan anda. 


Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanya. Walau bagaimanapun, anda terpaksa menunggu sehingga satu masa dalam trimester kedua sebelum dapat menikmati sensasi dari sesi-sesi senaman bayi anda.


noti kaki dr hati:-
Khas buat ensomi ku yang gebus! 
saya selalu bercerita pada en.Somi perkembangan anak dlm kandungan saya melalui pembacaan di Baby Center nih...jadi untuk memudahkan dia...saya copy dan paste kat sini


me,

May 18, 2011

Happy Besday To Me~

Alhamdulilah...dah lama tak berbelog
rupanya kesihatan yang tak mengizikan rupanya membawa
perkahabar yang terbaik dalam hidup saya
Alhamdulilah...i'm pregnant 5week...
inilah hadiah hari jadi yang terbaik pd umur 27tahun...
insyallah semoga saya dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki, diberkati dilimpahi rezeki dan
selamat melahirkan zuriat kami.....
menitik air mata jap bila tengok kat upt positif...
Alhamdulilah
Mesti lah en.somi yang paling teruja dan gembira dengan berita nih...
sampai tak sabar-sabar nak g kompen kat klinik..
Semoga saya diberikan kesihatan yang baik sepanjang mengandungkan zuriat kami
dan selamat melahirkan zuriat kami dengan selamat dan baik



it's positif

"papa & mama to be"




me,


May 6, 2011

hmmmm~

ingat nak updated blog...tapi bizi jer...esoklah saya try updated yer...bye
me,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...