"cakap ngan Hatta tu..berenti merokok yer...dalam family kita tak ada seorang pun yang merokok....abah pun tak merokok...dah lah dulu awk sorok dr mama yg dia merokok...suruh dia berenti pelan-pelan ler....tak elok ok"
wah panjang lebar mama aku nie membebel pasal menantu dia nie....hikhikhikhik..tapi mmg pun aku dah merahsiakan pasal boyfriend aku merokok dr mama dah lama...walaupun dah pernah jumpa tapi aku minta dia rahsiakan...bila dia dah suka...nak tak nak dia tak leh reject bakal menantu dia nie....
apa nak wat mama...terima jer lah...nanti org bg tau kat Hatta yer suruh dia berenti merokok
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
kebetulan tgh check email..ada dapat email nie dr Fauziah
pEnGaLaMan aKU bereNti rOkOk n Sbb ApE akU berEnti
Aku merupakan seorang perokok tegar ( heavy smoker) . Dalam usia 18 tahun aku telah mula berjinak-jinak dengan rokok, bermula dengan Dunhill .Sejak itu Dunhill telah menjadi teman karibku selama lebih kurang 4 tahun. Aku amat sedar hakikat bahawa bahaya merokok tetapi aku tidak berupaya meninggalkan tabiat buruk ini. Telah tebal telinga ini mendengar leteran daripada ibu serta member aku kerana tabiatku ini namun tiada satupun yang berjaya menggoyahkan kemahuanku terhadap rokok.
Rutin harian aku ,bangun pagi sahaja aku sudah bersarapan dengan rokok dan kalau pada bulan puasa pula jika lambat bersahur aku lebih memilih rokok daripada menjamah makanan. Begitu juga selepas berbuka aku akan menghisap sebatang rokok dahulu dari menyegerakan solat Maghrib. Betapa bodoh, jahil dan taksubnya aku ketika itu. Hahhahaahaaha………
Namun semua itu berakhir hanya dengan kesedaran gua sendiri dengan memdengar satu khutbah jumaat di tmpt aku sebulan yang lalu……….
Cerita gua berhenti merokok gua rasakan patut menjadi satu telada.Memandangkan gua seorang heavy smoker dan boleh berhenti merokok dengan satu khutbah jumaat yang cukup memberi kesan pada gua.
Pada hari Jumaat 31 Mac 2006 bersamaan 2 Rabiulawal 1427, gua pergi menunaikan solat jumaat di oyster.Dengan gua x sangka2 Khutbah yang disampaikan hari itu ialah mengenai tabiat merokok di kalangan masyarakat Islam. Aduh…..aku dah pening kepale…SAh khutbah nie mmg utk aku…aaaaaaa…sudah….
Semasa tuan khatib memyampai khutbah nyer,tetiba hatiku mula terusik bila dikatakan “ tidakkah anda malu bila dikatakan seorang Islam berkopiah putih dan bersongkok dengan rokok terselit di jari?”
Dan yang paling membakar semangat gua adalah serangkap kata-kata yang cukup pedih untuk gua terima.
“ cuba anda bayangkan penanam-penanam tembakau di Kelantan tidak perlu bersusah payah memagar tanaman mereka memandangkan lembu, kambing tidak berminat dengan Tembakau. Malahan haiwan yang makan beraneka benda termasuk najis sekalipun tidak teringin untuk memagut pokok-pokok tembakau mereka. Tetapi manusia pula rela dan sanggup menghisap asap daripada tembakau ini. Adakah manusia ini lebih hina daripada haiwan dan babi?”
Pehhhhh……….mendengar perhinaan serupe itu aku mule terasa betapa hinanya diri ini setelah dibandingkan sebegitu rupa. waaaaaaaaaaa…………….
Aku tidak rela bila dibandingkan dengan babi, haiwan yang penuh dengan najis dan paling rendah martabatnya. Oleh itu, aku bertekad mulai saat itu aku akan berhenti merokok. NOKTAH untuk rokok. Tp bukan ari nie,tp esok aku berenti rokok….malam sebelum aku perenti rokok aku enjoy ngan rokok dulu….huhuhuuhuuuhuuu………Pada 1 APRIL 2006 aku mula berenti merokok dan sehingga ler skrg…alhamdulilah dah sebulan aku berenti rokok….
Kepada mereka yang masih lagi merokok dan telah mendengar khutbah tersebut tetapi masih lagi merokok, tidakkah anda merasa terhina apabila dibandingkan dengan seekor babi? ” hahahhahaha………berenti ler woooiiiitttt……….
Sekarang aku sedar semuanya ada dalam diri kita, keazaman dan tekad. Dahulu aku pernah bayangkan bagaimana kalau aku hendak berhenti merokok, proses peralihan dan pemulihannya.
Tetapi dengan tekad dan azam serta taubatku, Allah telah membuka hati ini. Terima Kasih kepada tuan khatib yang telah menyampaikan khutbahnya itu yang telah menyedarkan diri ini. Aku juga bersyukur kepada Ilahi kerana mengurniakan satu kejayaan yang paling besar untuk diriku sendiri ....jadi berenti lah merokok
No comments:
Post a Comment