Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

May 24, 2010

mmmHHHHmmmm

.
.
.
.
tak tahu entry nie nak tulis tajuk aper
****sobb...sob...sob....**
.
.
.
sedih saaaaaaaaaaaaaaagaaaaaaaaaaaattttttttt
.
.
.
pasal kerja
.
.
.
sedih...
kita org berdua dapat tahu yang kita org akan dihentikan kontrak
end month of January 2011 and than kami akan berkahwin Febuary 2011
sedangkan kontrak sebenar kitaorg abis end of Disember 2011....
tak der dengar ura-ura pun kitaorg akan disambung kontrak
adakah kita org yang terlebih emosi
sedangkan kita org mmg tahu lmbt laun kita mmg kena berenti kerja
bos kitaorg pun tak pernah nak backup pun
tak pernah nak mempertahankan diri saya exspecially
entah lah...
speechleeessss....dah malas dah penat nak ckp lagi
bukan sekali nie je....
biarlah saya bawak diri...
company saya mmg dah tak adil...bila diperlukan sgt2 dulu
bukan main dia...pujuk...mcm tawaran
saya dah berikan sepenuh jiwa raga berkerja
berkorban setiap masa...
insyallah...kita org tak akan mengalah...
tak per lah rezeki kami bukan disini
jerit lelah kami...penat kami tak pernah dihargai pun
kami bukan dr kalangan kabel besar yg boleh mempertahakn diri kami
seihklas hati kami berkerja ini lah balasan....
sekarang...
me with en.bear gebus pun dah tak der mood nak kerja
buat aper yg patut dah...
tak der dah istilah berkorban masa kitaorg dan membantu org lain
cian kat dia....putus harapan...
awak...jgn mengalah ok...
saya pun keciwa jugak
awk kena kuat...
saya ada buat awk disisi awk selalu
ini mungkin dugaan maha hebatnya utk kita
susah senang...kita akan bersama
insyalllah....itu janji saya
thanks jugak atas harapan
nasihat dr bakal2 kak ipar & abang ipar
tak lupa jugak wat bakal mak mertua
insyallah....susah senang kami akan harungi bersama
family saya lom tahu lagik...tak mau bg mama risau
nanti lagi dia sakit kepala....
silap-silap dia suruh saya balik kampung
.
.
.
chaaaoiiiiikkkk...chaaayyyoiiikkk
kami perlu cari kerja lain
malam yg hening...saat kitaorg mengenang nasib kitaorg...
*mata bengkak....nangis jugak...en.bear dtg dr jauh ambik dirumah
lepak-lepak depan dataran smbil tgk final Af
skrg nak bincang pasal kahwin pun dah tak der mood....
.
.
.
p/ls: selain putih...aper agak nyer warna sesuai pakai utk akad nikah....hehehehehe...tetiba jer
me,

May 14, 2010

kurang kasih sayang

entry khas...sempena 3th month kitaorg dah tunang
.
.
.
.
semenjak 2 menjak nie...dlm 3 minggu yang lalu
.
.
.
saya kurang jumpa awak....
.
.
.
kurang kasih sayang dr awk
.
.
.
semua nie ...disebabkan
.
.
.
1.
2.
3.aktiviti futsal awk
4. kerja awk yang menimbun...
kalau awk tak der kerja pun...
awk tetap mengabaikan saya
tak per lah awk
.
.
.
saya faham
.
.
.
terlebih faham...dah sangat
me,

May 13, 2010

Majlis Makan Malam MAPIM

last minutes dapat undangan....apa2 pun enjoy gak ler...walaupun makanan kureng sikit sedapnya.....enjoy the show...Muslee Ramli...mmg sebijik wow dia nanyi macam P.Ramlee
membaca amalan mulia
tetamu VVIP : TYT Melaka
apex ngan iza yg bertuah malam tue
misra & pian
comel kan...kakak tak nampak love tue
kak lin yg menjauh
haruslah bergambar sebelum balik
~huhuhu...bakal kakak ipar :)
me,

no mood~

Graphics
me,

May 11, 2010

Bertuahnyer~

saya nie jarang sangat nak menang aper-ape contest....hadiah saguhati pun tak pernah...tapi ini lah rezeki...tapi rezeki nie...saya berikan utk org lain...dah tersurat bukan rezeki saya...apa2 pun saya terima dengan redha...ceeewah....mcm frust jer kan...ok kita tgk...adiah dia
.
.
.
.
jeng...jeng...jengggg
.
.
.
opsss....saya masih lagi cik yer....tapi kalau dapat title Puan
pun masih tetap Che yer....
.
.
.
.
ini lah adiah nyer
terbuktilah adiah nie...mmg bukan utk saya....actually dah lupa bila masuk peraduan nie...rasanya...masa beli hamper untuk staf yg dapat new born kut...dah beli hamper tu dlm lima sekali...jadi layak lah isi borang contest...tak terpikir pun boleh menang...tapi aper2 pun...saya bersyukur seadanya.....
.
.
.
.
dan dia nie lah yang dapat baju nie....rezeki utk dia....
tapi lom pernah pulak tgk dia pakai just bg pada ibu dia jerrr
me,

Outing Ngan Yam~

lama gak tak jumpa cik yam nie...tetiba dia hantar msg masa saya mahu pulang kekampung ari tue...ckp ader kat Melaka, dan apa lagi aktiviti kami...jom karoeke...and ajak jugak budak2 opis yg lain...dah lama tak kuar sama sejak dah bertunang nie...n en.bear gebus tak ikut pun~dia tak sihat...tapi dengar2 cite dia dah karoeke dlm waktu kerja ari tu jugak...ohhh...awk ngular yerrrr
with yam...tak nampak muka saya ler
bersungguh2 tul Payid nyayi malam tue....sampai serak sore
dak pendek nie...mmg suka nyakat si yam nie
albuaya pun ader...siap nanyi lagu ghazal utk rabbiah...
Apa-apa pun enjoy outing kali nie....lepas karoeke malam tue kita org g makan kat kedai Thai..sampai cer-ber esoknya.....kihkihkih....
apa2 pun adios and tahniah untuk yam...
dapat kerja as cikgu tadika kemas..and kena g kursus 2 bulan...
nanti apa2 hal contact aku yer.....
aku sayang koooo....muaaaaaahhhh
me,
iffa

May 5, 2010

Dosa-Dosa & Facebook

Renung-renungkan...selamat beramal
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook. Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah. Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri. Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga. Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa. Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook. Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar. 2) Terlebih gambar Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai. Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu. Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah. Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'. Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini ( http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99) 3) Penyamaran Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu. Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga. 4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan. Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain. Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa. 5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat. Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair. Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend). Ini boleh menjadi dosa, kerana :- a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram. b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam. c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat. 6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat. Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya. Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik. KESIMPULAN Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook. Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa. Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin. Sekian Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

April 25, 2010

Persediaan Perkahwinan

memandangkan tuan blog nie bakal berkahwin dalam 10 bulan lagi...tuan blog selalu melayan artikel2 mcm maner persedian utk menempuh alam perkhawinan...ini salah satu artikel yg dicopy paste.. Ok..sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin . Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan... ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak. Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin. So ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimaner sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersama-sama. Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah. Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi. 1. Kadi : At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu as kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je ook... .jgn dua dua gi book plak. kos kadi : $80 + + 2. Kursus rumahtangger: Kener pergi... .kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. Walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui. kos kursus : around $80 for the whole session (tengok tempat) 3. Book Mak Andam: Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan... ..pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book... later than that u might have a problem finding one... ..kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe. Kos : $ 1200 (tengok baju aper... kalau ader baju batman atau otromen mungkin mahal sikit) 4. Photographer: Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai... .dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor. Gambar bogel je belom owang try. Kos : $800 5. Kompang / Hadrah: Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice. Kos : $300 6. Dekorasi blok dan pelamin Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal ... .kalau tak pun jadi macam lori cina mampos... .letak kacang samer kuaci suah original beb... .tinggal nak campak kerander je kat engah-tengah. Macam macam design macam macam pattern. Kos 1000 7. Tukang Masak and Khemah kosi meja : Tukang masak mesti ader beb... kalau takder camner owang nak makan? lainlah kalau korang buat majlis kat Mc Donald's. Kos : $7000 (tengok kepaler yg datang) 8. Kereter Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter. (*naik basikal bleh gaks.. ) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer... Merc ke?... Jag ke?.kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil ... ... sampai besok pun takleh masok! Kos: $300 9. DJ/Karaoke :Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band. At least 6 mths mesti nak kener book. Kos : $850 (dengan dinner sekali) 10. Berkat Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi... tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif... ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc. Kos : $3000++ 11. Miscellaneous : Perkara perkara kecik owang selalu overlook... perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunger Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang,barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan... ... Kos : $2500 ++ TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : $17,110 Belom termasok hantaran lagi beb...korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin... ... .SELAMAT PENGANTIN BARU! Untuk mereka yang bakal-bakal... . yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer... .. sekarang ni kan; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini. Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum $6000. Hantaran $5000; $4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi. Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah... korang bacalah :- Sebab 1. Anak pompan sorang 2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat 3. Anak pompan paling jambu dalam family 4. Anak pompan kerja high post 5. Anak pompan biasa pakai barang branded 6.Anak pompan yang tastenya ... berkajang-kajang kalau disenaraikan 7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus &n 9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif 10.Anak pompan tu pun jenis "ek" ... semacam jer (kira golongan 'gah') Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):- 1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer sianak lak lebih-lebih 2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je." 3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan." 4. "Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenggek je." 5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?" 6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Jeniper LopeZ eh? Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar:- 1."Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet." 2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment." 3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor." 4."Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je." 5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi." 6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin." Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya..jawapannya:- 1. "Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Nothing much ler." 2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler." 3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je." 4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke;boleh kata semua credit card kita ada lah." 5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni;kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu." 6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah nah?" Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni.
Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni. Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2. Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit.(part time le lu kfc,mc donald , bawak teksi ker--- ) so... ... .goo luck ler pd sumer... ... ..yg dh rasa2 tua tu... cpt2 la ngurat usha awek2 kt sekeliling sbb depa pun kira terdesak tu... ... cuma buat2 jual mahal! hehehee... adios!
me,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...