Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

December 23, 2010

Tahniah buat sibongsu pujaan hati semua orang dirumah

hai..salam berbunga dalam hati..walaupun marah giler semalam... syukur alhamdulilah..si bongsu dirumah tu dapat 8A in PMR....Tahniah yer..belajar lagi rajin-rajin lagi...score utk SPM pulak...tak sia-sia banyak pengorbanan mama buat adik berjaya... 

Ingat lagi, adik begitu  dititip beratkan soal pemakanan, pemakanan nya dipantau oleh my mum...di tak boleh makan makanan ringan(jajan), asam @jeruk, air gas & mcm2 jugaklah... lagi pulak mmg pemakanan dah pembelajarannya dipantau oleh mama 100%...belum citer lagi pasal makanan tambahan...scout emausion (tul ker spell nih?) mmg diamalkan dr kecik lagi..sempatlah tempias nya saya pernah mkn jugak...dah mmg mengikut fakta minyak ikan kot bagus utk otak...sekaligus mmg baik utk selsema... mengambilan keju dan susu pun ditip beratkan.... oklah..banyak sangat membebel, insyallah, akan saya praktikkan bila ada anak nanti...

nie blog dia...dia pun dah ada blog sendiri...canggih gitu..saya ingat masa baya dia saya masih lagi buta IT

me,

nota kaki:- apa agaknya hadiah utk dia nie....lagipun adiah utk 5A UPSR baru saya kotakan...hehehehehe

December 22, 2010

Bengang tahap dewa !

Tgh bengang sangat nie...dari petang semalam lagi...bengang sebab tinggal 45 hari jer..tapi kitaorg belom dapatlagi kad kahwin...ked jemputan...mama dah bising2 nie....

Diorang dah janji nak bagi after raya haji tapi...dah dekat sebulan berlalu...kad belum lagi siap....tahu lah pc rosak...pastu takkan xder backup pulak... design janji lain pastu dah lain jadinya...benci lahh...geram pun ada...bukan salah kitaorg...semua salah dia... dah ler...dah ler susah sgt nak balas msg... nak call saya pun x... pc rosak pun tak inform kitaorg.....tu pun kitaorg call baru lah dia cakap pc rosak...aper nie...  hajat kitaorg nak tolong kawan-kawan...tapi mcm nie kawan wat kita... dah nasib kan... terus bersabar ...  saya tak kira jumaat pagi saya nak kad kahwin kami siap!


me,

Contest Saat Pertama Bersama Si Cinta Hati

++ klik untuk penyertaan ++


Gambar yang dipertaruhkan



First time kami keluar bersama as a copule  1st of March 2009..jalan-jalan ke Jom Heboh MITC Melaka, jadi kebanyakan gmbr, kamitangkap sendiri itu yang nampak dua2 muka bulot...abaikan yer  kepanjangan jambang en.bear saya nie

Saya dan en.bear gebus bekerja ditempat yang sama, perhubungan kami dimulai dengan perbalahan@pergaduhan sbb mulot dia nie xder insuransss... mcm maner kami boleh get along together pun dari mulut-mulut org sekeliling...yang suka mengosipkan kami saya pun bukan senang nak menerima dia dalam hidup saya pun...sebabnya entah lah...fikirkan yang dia hanya sukakan saya bila dia terluka....dia kecewa....dengan nurse dia, lagi pun kakak dia, Kak Hajar yang sukakan saya selalu suruh dia ngorat saya...hingga satu hari saya menerima jemputan dari Kak Hajar sempana tahlil arwah anak dia....saya kerumah dia...sehingga itu lah timbul perasaan dia kat saya...saya tak de lah beria sangat...sebenarnya...saya suka kan orang lain.....saya buntu...minta pendapat dari ul....just ym tanya dia...dia bg kata-kata nie...hingga saya sedar:


"..BukAn sEmuA yG meNgGemBiraKaN hAti kitA, bAiK uTk kiTa... KEkAdanG yG mengGembiRa kaN iTu tErseMbuNyi dEriTa...DaN bUkaN sEmUa yaNg mEmUaLkaN hAti kiTa tAk bAik uTk kitA..KekaDanG diSiTulaH LEtaKnyA BAHAGIA.."

memang saya akui...yg memualkan saya tu...membuatkan saya gembira dan bahagia, saya berdoa semoga Allah SWT memberkati perhubungan kami, semoga kami tetap bersama hingga akhir hayat, memberkati perkhawinan kami kelak...walau macam mana dugaan yg berlaku saya harap...kasih dia untuh wat saya ttp bersama saya....


~love u untill the end...i leeeebiiiiu very strooong~




nak taq~
gadis kampung, linda & cik pini



++ tarikh tutup contest ++
15 januari 2011


me, 

December 18, 2010

GOJESH IN ORANGE CONTEST !!!

klik-klik utk join


Agak susah jugak nak cari baju kaler orange nie...gmbr nie kat rumah en.bear gebus, .
mentahkedarah mkn durian


nie pulak...gmbr ambik sendiri..kami berdua bersedondong


okies...taq
linda
fini
adik iqa
kak aja
kak mimi
cik gadis kq

closed date 14 januari 2011


me,

December 17, 2010

Mana satu idaman Kalbu?

Pening lah...tgh duk survey kasut sekarang nie....kasut yang nak buat hantaran...terpikir-pikir nak beli kasut aper...kasut yang nampak seksi...gorjers & comel jer dlm dulang hantarn tu...walaupun pada dasarnya dan kebenaran nya...kasut itu bersaiz 9... ayoyo...tuan tanah ini memakai kasut bersaiz 9...cuma utk kasut jenama Vincci akan di upgrade  ker saiz 10...hehehehe...





Kasut nie comelkan...mesti vagoe da vass nyer duk dlm hantaran, tapi memandangkan kecelakaan yang pernah melanda tuan tanah nie suatu ketika dulu...en.bear gebus sudah mengharamkan kaki ku ini memakai kasut sedemikian dan seangkatan dengannya...kompem kalau beli nie...mmg duk dlm dulang hantaran wat tontonan umum lah sampai akhir hayat  tak pun g annual diner  jer lah...saya pun dah malas nak pakai heels ...arrhhh padahal gubus sangat takut jatuh





jadi kebanyakan kasut tuan tanah sekarang...begini...sumuanya di sponsor beli  Crocodile, kalau letak dalam dulung hantaran okies tak? lagi cara kalau beli kaler merah kan...handbang pujaan hati pun kaler browm+red jugak...ada org buat tak???? mcm tak der jer kan

picture sumer dr pakcik google...

kalau beli yang nie...okies tak???? silap-silap kena plangkung ngan cik zah lahhhh...tak gerek langsung nanti dia cakap.....kalau buat yg nie kompem pakainya...kasut wajib kuar berjimba-jimba...heheheeh





nota kaki dr hati :-en.bear sy, bila nak balik...saya harap awk balik cepat ehhhh...bulan nie kita gaji awl..leh shopping krismas...lagipun saya nak mkn prosperiti..saya tunggu awk belanja saya... ilebieu very stroong

me,

December 16, 2010

Jom Jadi Follower Gadis Kampung

Saya nie jarang sekali masuk contest...nak cuba nasib nie...
Kalau dah rezeki tak kemana kan insyallah, 
Saya dah lama join blog nie
tutorial kat blog Gadis Kampung banyak yang diguna pakai
thanks yer buat tuan blog yer


syarat-syarat contest

1. Jadi follower : Saya telah jadi follower ke ____(nyatakan kamu follower ke berapa)
~Saya dah lama jadi follower saya dan dah lupa...puas duk belek balik nak kira...tapi xjumpa 

2. Buat entry di blog korang bertajuk: JOM JADI FOLLOWER GADIS KAMPUNG
~Entry ringkas diatas 

3.Nyatakan dari mana awak tahu mengenai contest ini : __________(nyatakan url@alamat blog orang yang memberitahu mengenai contest ini).
~Dari blog nie sendiri...bila dah tuan blog jadi follower saya mcm tergerak hati nak join

4. Bila korang dah buat entry dan dah join blog nie tolong tinggalkan komen ye berserta url entry anda..
~Done

5.Tolong  letak banner saya di sidebar korang.
~Done

ok..sekarang kita tengok pulak aper hadiah2 nya....lumayan






xoxo,

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”





me,

December 15, 2010

10month Ago~ 52days to go

Sedar tak perasan semalam dah 10 bulan kami bertunang...kecoh jer kan... kalu diingat majlis tunang kitaorg ok lah walaupun kelam kabut gak...mlm tu sidikit punya down lah pasal homestay utk family diorg...tipon2 nak ckp ngan en.bear tapi dia dah tido kepenatan...

Esoknya plak...marah kat en.bear gebus saya sbb tak pakai baju kaler pink...walaupun baju kaler pink tu dah beli...masalah nak tetapkan tarikh kahwin...sebelum majlis saya dah pesan kat family saya yang kami berdua akan decide berapa hantaran & tarikh kahwin...tapi pihak saya tetiba minta nak majlis kahwin selepas Raya Haji...tercenggang lah pihak lelaki....tapi semua tue biasalah...perselihan faham yang tak dapat dilelakkan

Tapi sedih gak ingat balik masa tunang, arwah nenek ada lagi masa tue, arwah ada duk ngomel sbb byk sangat bagi hantaran, dia suruh pergi panggil Iman suruh kitaorg nikah jer... rupanya, dia mmg tak sempat tengok cucu kesayangan dia nie bersanding....

Jom layang gambar flash back balik..gmbr yg tak der dlm blog or dlm fb

with Acik, Mama & Arwah Nenek 


both of family


masa nie kan sempat lagi tgh berleter kat En.Bear Gebus

Sekarang nie...tak sampai 2 bulan jer lagi majlis kahwin kitaorg...so far persedian okies lah... cuma hantaran jer lom beli lagi..dah ler sekarang sale gila babas nie...cuma dah g survey jer...x pulak en.bear saya nie nak beli...nak tengok tempat lain pulak...dah ler dia nie sibuk jer memandang...ada jer aktiviti setiap minggu.

Minggu ni pulak dia nak ker Tournament Futsal 1Malaysia...ikutkan dah tak bagi dia main futsal lagi memandangkan kita orang dah nak kahwin...bukannya aper...tak  nak lah and takut aper-aper jadi nanti...bukan mintak tapi yer lah main bola kan...mestilah ada jugak berlaku kekasaran..dah ler tue tournamnet tu memakan masa 4 hari tau di Putrajaya lak.

Tapi nak wat cam maner...dia pulak yang perli saya, 
awk kan suruh saya jaga kesihatan jadi saya bersukan lah...bagus aper...
abis nak cakap aper lagi...diam jer lah...pernah tu dia siap perli lagi,
baik awk  tukar profession je, jadi nurse pun bagus gak...x perlu sakit kepala jadi draughtman okies bolehlah awk menaafaat kan aper yang awk suka baca tue... 

saya nie suka membaca aper yang berkaitan kesihatan ker...panduan rumahtangga  ker...dan macam lah lagi,  yang berkaitan dengan diri dia @lelaki  misalnya pasal rokok... pastu saya membebel dan bercerita lah balik  kat dia...dan selalu dia cakap saya dah mengarut walaupun sebenar itulah fakta... tak leh terimalah tue.. dia nie malas nak membaca... buku yang saya bagi sempena besday dia pun agaknya dia lom baca kut.

Insyallah, nanti lepas kahwin nak concern jaga kesihatan diri & dia and nak suruh dia ambik supplement, secara langsung   saya pun boleh makan supplement secara teratur kan...kekadang tue terskip jugak...biasalah manusia...cakap org jer lebih diri sendiri pun lom tentu lagi





nota kaki :- 
xdapat den nak ikut en.bear g Tournament Futsal kat Putrajaya...saya lak mcm nak g Seri Kembangan jer, leh Jenjalan di Jusco Equine Park..tapi komitment kerja pulak...kerja bertimbun-timbun nie ...terpaksa skrg kerja sabtu dan ahad...menciiiii tau


xoxo,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...