Sihat.Cantik.Shaklee

Sihat.Cantik.Shaklee

January 18, 2010

Kurus???

Salah satu azam tahun 2009…macam-macam jugaklah wat utk kurus dr mkn produk yg fames kat tv tu…tapi tu semua hangat2 tahi ayam jer….yang dah jadi skrg lantak lah…nak gemuk pun tak kisah kut….sbb en dear pun tak kisah jugak…sbb kitaorg sama-sama berganding bahu+duit+tenaga untuk mendebabkan badan…huahuahuahua

Sekarang bila tak der niat nak kurus….senang pulak berat badan nie turun lak…dalam sebulan nie dalam 3kg jugak lah dah turun…entahler nie agaknya penangan audit ujung tahun kut….terlalu sibuk kut….tapi ini mungkin supplement vegetable fiber yang aku ambik nie….alhamdulilah lah….supplement nie sebenarnya untuk aku yang kurang sangat ambik sayur dlm makanan aku seharian…almaklumlah duk bujang nie memaksa aku makan yang ringkas jer plus dengan fast food….risau pun ada gak….sampaikan sekarang period pain pun dah teruk sangat…itu pun salah satu factor mkn fast food yang melampau….mahu tak melampau nyer almost dlm seminggu mesti makan MCD nie…tambah lagi ngan promosi 595 nie….Aku kena wat sesuatu…kena tukar semua tabiat pemakanan aku mulai sekarang….ini semua untuk perancangan masa depan….untuk membina keluarga tahun depan…kihkihkih(gatalnya ayat)…jadi aku dah mulakan dengan pengambilan sayur dlm seharian, minum susu walaupun mulanya tak dapat nak telan susu low fat nie….lagi-lagi yang plain tapi skrg dah ok lah…itu pun susu HL Marigol jer lah…yang lain…tekak tak dapat nak terima lagi…walaupun dah try jugak….tapi rasa-rasanya macam nak try minum susu tepung pulak sebab ongkos minum susu segar nie pun tinggi jugak kalau dah dua kotak dalam seminggu…tapi rasa ok lah….mampu bertahan lagi tapi ada jugak yang dah mematahkan semangat aku nie…katanya minum susu boleh mengemukkan walaupun minum susu low fat pun…yer ker??? Sekarang pun untuk period pain aku ada ambik supplement E.P.O evening prime rose oil…mmg baik untuk wanita nie…tak der lah tertonggeng tunggeng bila sengugut datang menyerang….

Sekarang aku berdoa moga-moga berat badan terus turun tanpa aku sedar...untuk aku pakai baju kahwin dengan glamournyerrrrr...huahuahuahua...insyaaalah

1 comment:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

jom..kita diet sesama...aku pon harap leh kurus..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...